awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelindan lori pukul, samun bekas kekasih diberkas

Bernama
Bernama
01/10/2023
09:10 MYT
Kelindan lori pukul, samun bekas kekasih diberkas
Mohd Azam berkata susulan penahanan itu, polis turut merampas satu telefon bimbit daripada lelaki itu dipercayai milik mangsa. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang kelindan lori kerana disyaki memukul dan menyamun bekas kekasihnya dalam kejadian di Ampang, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di Taman Cempaka, Ampang pada 9.45 malam tadi selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 21 tahun.
Beliau berkata susulan penahanan itu, polis turut merampas satu telefon bimbit daripada lelaki itu dipercayai milik mangsa.
"Suspek yang positif terhadap Methamphetamine dan Amphetamine direman hingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Semakan mendapati dia mempunyai enam rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azam berkata dalam kejadian itu, mangsa mendakwa suspek datang ke tempat kerjanya di sebuah farmasi di Ampang, sebelum diminta mengikut suspek yang mahu menghantarnya pulang ke rumah.
"Mangsa cuba melarikan diri dan suspek telah mengejar lalu memukulnya. Suspek turut merampas telefon bimbit milik mangsa dan akibat kejadian itu, mangsa mengalami sakit di bahagian mulut dan kaki serta dirawat di Hospital Ampang," katanya.
Beliau berkata motif kejadian adalah kerana suspek tidak berpuas hati bekas teman wanitanya itu mempunyai teman lelaki baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Telefon bimbit
#teman lelaki
#Kanun Keseksaan
#kelindan lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan