awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelindan putus kaki selepas lori langgar treler

Bernama
Bernama
10/08/2018
04:35 MYT
Kelindan putus kaki selepas lori langgar treler
kedua-dua mangsa yang berusia 22 dan 26 tahun itu dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan. - Gambar hiasan
Seorang kelindan putus kaki kiri manakala pemandunya cedera ringgan selepas lori yang dinaiki melanggar belakang sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 85 Central Spine Road (CSR) Lipis-Merapoh pada pukul 6.00 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata, ketika kejadian lori yang membawa muatan ayam itu dalam perjalanan dari arah Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.
"Pemandu lori itu dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk dan ketika kejadian keadaan jalan yang gelap telah menyebabkan lori dipandunya melanggar belakang sebuah treler dari arah yang sama.
"Rempuhan itu menyebabkan lori yang membawa muatan ayam berkenaan melintangi jalan itu sehingga aliran trafik terpaksa dilencongkan ke laluan lama," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 22 dan 26 tahun itu dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azry Akmar Ayob
#kelindan
#kemalangan
#lipis
#Merapoh
#Pahang
#putus kaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan