PUTRAJAYA: Individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 akan dipertimbangkan diberi kelonggaran tertentu termasuk makan di kedai dan melakukan rentas daerah atau negeri, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, beliau telah meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk membuat penilaian semula berhubung prosedur operasi standard (SOP) bagi mereka yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin.
"Saya fikir sebahagian besar (rakyat) sudah dapat suntikan (vaksin COVID-19).
"Mutakhir sekali saya minta Jawatankuasa Pengurusan (JKJAV) ini menilai semula bagi mereka yang dapat vaksin dua suntikan supaya mereka akan diberikan kelonggaran-kelonggaran, sama ada dari segi perjalanan atau pergi ke kedai atau makan di restoran.
"Ini petanda supaya kita nak tunjukkan sementara kita menguruskan COVID-19, maka kehidupan rakyat mungkin sedikit demi sedikit akan kembali seperti masa-masa yang lepas," katanya kepada media selepas membuat tinjauan penyediaan Bakul Prihatin Negara di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di sini hari ini.
Pada masa ini, katanya proses vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjalan mengikut jadual.
"Saya harap dalam tempoh beberapa hari ke hadapan, bulan ini dan bulan hadapan, pembekalan vaksin akan meningkat dan bertambah," katanya.
Muhyiddin turut meminta semua pihak untuk meletakkan keyakinan kepada kerajaan dalam menguruskan pandemik COVID-19.
"Jadi bersabarlah, jangan kata kerajaan tak bagi tumpuan, tapi yakinlah dengan kerjasama pimpinan dalam kerajaan, swasta, rakyat dan NGO (badan bukan kerajaan), kita boleh menang dalam menghadapi 'peperangan' ini," katanya.
Malaysia mula melaksanakan PICK pada 24 Feb lepas dan setakat ini sebanyak 12,647,558 dos vaksin telah diberikan, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah lengkap dua dos vaksin ialah 4,003,266 atau 12.3 peratus daripada populasi rakyat Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 15 2021
Antara kelonggaran yang akan diberi pertimbangan kepada penerima yang telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 ialah makan di kedai dan melakukan rentas daerah atau negeri, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Kelonggaran bagi penerima lengkap vaksin COVID-19 dipertimbang - Perdana Menteri
Antara kelonggaran yang akan diberi pertimbangan ialah makan di kedai dan melakukan rentas daerah atau negeri, kata Muhyiddin.