KOTA BHARU: Orang ramai diingatkan supaya tidak leka dengan bahaya ancaman COVID-19 biarpun kerajaan memberi beberapa kelonggaran terhadap langkah kawalan dan pencegahan virus tersebut, mulai hari ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata dalam memastikan setiap lapisan masyarakat tidak leka dan alpa, pihaknya akan terus-menerus memberi peringatan mengenai prosedur operasi standard (SOP) menerusi platform media arus perdana seperti televisyen dan radio.
"Platform media arus perdana seperti televisyen komersial termasuk Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama, serta radio perlu sentiasa memainkan peranan memperingati bahawa bahaya itu tetap ada terutama bagi golongan berisiko, warga emas serta berpenyakit kronik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi bekas Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Hussein Ahmad di Kampung Lemal, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Annuar yang juga seorang daripada Menteri Kuartet COVID-19 berkata kementeriannya akan terus memberi sokongan kepada fasa peralihan ke endemik yang dilaksanakan sejak 1 April lepas yang bertujuan memulihkan ekonomi negara.
"Fasa peralihan ke endemik ini menyaksikan lebih banyak kelonggaran dalam pelbagai sektor bagi membolehkan rakyat kembali ke kehidupan hampir normal selepas lebih dua tahun berperang dengan COVID-19.
"Langkah ini penting, untuk merancakkan kembali ekonomi negara khususnya sektor yang terjejas selepas pintu sempadan negara ditutup dalam usaha kerajaan mengekang penularan COVID-19 dalam negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 01 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (kanan) menjawab pertanyaan media ketika menziarahi veteran UMNO Tan Sri Hussein Ahmad, 88, di Kampung Lemal hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Rentas negeri tidak termasuk dalam pengurangan SOP - Hishammuddin
Kebenaran merentas negeri tidak termasuk dalam senarai pengurangan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Pembukaan industri kreatif adalah satu keperluan - Annuar
Pembukaan industri kreatif dan beberapa sektor hiburan di dalam fasa peralihan dari pandemik ke endemik adalah satu keperluan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Kerajaan umum kelonggaran SOP Fasa 1 PPN untuk industri kreatif - Perdana Menteri
Kerajaan akan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif pada 9 September ini untuk memberi kelegaan kepada lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja.
Kelonggaran SOP kuarantin, sektor ekonomi di Labuan mulai 1 Sept
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Labuan telah bersetuju melonggarkan kuarantin wajib ke atas pengunjung dan kru kapal yang memasuki Wilayah Persekutuan itu.
Kelonggaran SOP bagi individu lengkap 2 dos vaksin diumum beberapa hari lagi - PM
Mereka yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 dijangka menerima berita baik tidak lama lagi.
Peralihan fasa PPN: Ismail Sabri akan umum nilai ambang negeri-negeri esok
Ismail Sabri menjelaskan pihaknya sedang menyiapkan penelitan mengenai perkara tersebut.
Kelonggaran SOP ikut negeri: Kerajaan kaji data COVID-19 - Hamzah
Kerajaan akan membuat kajian data berhubung kes COVID-19 seluruh negara, bagi mempertimbangkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara.