awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura

PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu

Bernama
Bernama
06/02/2026
12:30 MYT
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Modi akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada Ahad, diikuti mesyuarat dua hala bersama Anwar di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. - Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri India Narendra Modi akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 7 hingga 8 Feb 2026 atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri India, Narendra Modi, akan membuat lawatan rasmi ke Malaysia dari 7 hingga 8 Feb 2026 atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memperkukuhkan hubungan dua hala yang telah wujud sejak 1957.
  • Lawatan ini dijangka memperkukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pertahanan, keselamatan, tenaga kerja, pelancongan, kesalinghubungan, pertanian dan pendidikan, serta merangkumi isu-isu serantau dan antarabangsa.
  • Perbincangan antara kedua-dua pemimpin akan merangkumi pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Kerjasama (MoC) dalam bidang pembanterasan rasuah, tenaga kerja, audio visual, dan pengurusan bencana, serta Pertukaran Nota (EoN) dan Pertukaran Surat (EoL) mengenai kerjasama pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Perjanjian Rangka Kerja International Big Cats Alliance.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kementerian Luar yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan lawatan itu merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi Anwar ke India pada Ogos 2024.
"Lawatan ini dijangka memperkukuh lagi hubungan dua hala serta memupuk kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang yang berkepentingan bersama, berteraskan asas persahabatan yang kukuh sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957 dan peningkatan hubungan dua hala yang dinaik taraf ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif pada Ogos 2024," menurut Wisma Putra.
Modi akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada Ahad, diikuti mesyuarat dua hala bersama Anwar di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Wisma Putra berkata kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu-isu hubungan dua hala Malaysia-India serta mempeloporipeluang kerjasama antara Malaysia dan India, khususnya dalam sektor perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, tenaga kerja, pelancongan, kesalinghubungan, pertanian dan pendidikan.
Perbincangan itu juga akan merangkumi isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi berkepentingan bersama.
Selepas mesyuarat itu, kedua-dua Perdana Menteri dijadual menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pembanterasan dan pencegahan rasuah, piawaian latihan, pensijilan dan pengawasan bagi pelaut serta pengurusan bencana, perjanjian mengenai penerbitan audio visual dan Memorandum Kerjasama (MoC) dalam bidang tenaga kerja.
Kedua-dua pemimpin itu turut dijadual menyaksikan Pertukaran Nota (EoN) dalam bidang semikonduktor, kesihatan, keselamatan negara dan pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) selain Pertukaran Surat (EoL) mengenai kerjasama pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta penyerahan Perjanjian Rangka Kerja International Big Cats Alliance (IBCA).
Anwar juga akan menghoskan majlis makan tengah hari rasmi bagi meraikan Modi.
Sepanjang lawatan itu, Modi akan diiringi Menteri Hal Ehwal Luar India Dr S. Jaishankar serta pegawai kanan kerajaan.
Pada 2025, jumlah perdagangan antara Malaysia dan India mencapai RM79.49 bilion (US$18.59 bilion). Jumlah eksport Malaysia ke India berjumlah RM52.3 bilion (US$12.24 bilion), manakala import berjumlah RM27.19 bilion (US$6.35 bilion).
Barangan eksport utama merangkumi minyak sawit dan produk pertanian berasaskan sawit serta produk elektrikal dan elektronik manakala import dari India terdiri daripada produk pertanian, produk petroleum dan produk kimia.
India merupakan rakan dagang terbesar bagi Malaysia di rantau Asia Selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hubungan dua hala
#lawatan rasmi
#PBB
#semikonduktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.