Pampasan dan tunggakan gaji berjumlah RM63,900 telah dibayar kepada keluarga Adelina Lisao, pembantu rumah warga Indonesia yang mati didakwa akibat didera.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata bayaran itu meliputi tunggakan gaji dari Jan 2015 hingga Feb 2018, berjumlah RM35,900 dan selebihnya pampasan untuk keluarganya termasuk kos penghantaran jenazah dan pengebumian.
"Bayaran itu telah dibuat pada 13 Feb lepas kepada Konsulat Jeneral Indonesia di Pulau Pinang," kata Zahrain kepada pemberita di sini hari ini.
Media Indonesia sebelum ini melaporkan keluarga wanita itu mahukan pampasan serta tunggakan gaji selama tiga tahun yang tidak dibayar majikannya.
"Kes kematian Adelina adalah satu kejadian yang amat menyayat hati, saya berasa kesal kerana ia berlaku di Malaysia," kata Zahrain.
Pada 10 Feb lepas, Adelina, 28, ditemui dalam keadaan tidak bermaya dengan kesan lebam di kepala, tangan dan kaki akibat didera di sebuah rumah di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Adelina meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Bukit Mertajam.
BACA: Amah disyaki didera meninggal dunia
Jenazahnya telah dihantar dan selamat dikebumikan di provinsi Nusa Tenggara Timur pada 19 Feb.
BACA: Jasad Adelina Lisao dijangka dihantar pulang malam ini
Bercakap kepada media yang dihadiri ramai wartawan Indonesia hari ini, Zahrain berkata Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mereka yang didapati bersalah dalam kes berkenaan.
Sementara itu, di Bukit Mertajam, seorang wanita warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh Adelina.
M.A. Ambika, 60, didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Adelina di rumahnya di Medan Kota Permai 2, Taman Kota Permai 2, di Bukit Mertajam pada 4 petang, 10 Feb lepas.
BACA: Suspek dera amah tiba di mahkamah
Tiada pengakuan direkodkan daripada warga emas berkenaan, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Anas Mahadzir.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hamzah Azhan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 19 April depan untuk sebutan kes bagi serahan laporan kimia, bedah siasat dan forensik.
Di mahkamah sama, anak perempuan warga emas itu didakwa atas pertuduhan mengambil bekerja pembantu rumah berkenaan yang diketahuinya tidak mempunyai pas yang sah.
R.Jayavartiny, 32, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
Jurujual itu didakwa mengikut Seksyen 55 (B) (1) Akta Imigresen yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2018
ZAHRAIN: Kes kematian Adelina adalah satu kejadian yang amat menyayat hati, saya berasa kesal kerana ia berlaku di Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Keluarga Adelina terima pampasan RM63,900
Pampasan dan tunggakan gaji berjumlah RM63,900 telah dibayar kepada keluarga Adelina Lisao pada 13 Februari.
Dera amah: Serahkan kepada polis untuk siasat - Konsulat Indonesia
Pejabat konsulat Indonesia di Pulau Pinang menyerah kepada pihak polis untuk menyiasat kes seorang pembantu rumah warganegaranya yang meninggal dunia dipercayai didera majikannya semalam.