awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga bakal saman majalah Jerman terbit 'wawancara' dengan Michael Schumacher

Agensi
Agensi
20/04/2023
01:29 MYT
Keluarga bakal saman majalah Jerman terbit 'wawancara' dengan Michael Schumacher
Kelibat pelumba legenda dunia dari Jerman, Schumacher, 53, langsung tidak kelihatan di depan khalayak selepas mengalami kecederaan kepala yang teruk selepas terlibat dalam kemalangan ski pada Disember 2013. - Gambar fail REUTERS
KELUARGA Michael Schumacher akan memfailkan tindakang undang-undang terhadap sebuah majalah mingguan Jerman susulan penyiaran ‘wawancara’ dengan juara dunia Formula 1 tujuh kali itu yang dihasilkan oleh janaan kecerdasan buatan (AI).
Jurucakap keluarga Schumacher itu menjelaskan perkara tersebut selepas ditanya agensi berita antarabangsa Reuters susulan desas-desus berkaitan tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap majalah tersebut.
Edisi terbaharu majalah Die Aktuelle itu memaparkan muka hadapan gambar Schumacher tersenyum dengan tajuk: "Temu bual pertama Michael Schumacher."
Majalah berkenaan turut menerbitkan tajuk tambahan: “Ia kedengaran seperti nyata.”
Artikel berkenaan turut memaklumkan, petikan jawapan dalam ‘wawancara’ tersebut dihasilkan menggunakaan janaan AI.
Kelibat pelumba legenda dunia dari Jerman, Schumacher, 53, langsung tidak kelihatan di depan khalayak selepas mengalami kecederaan kepala yang teruk selepas terlibat dalam kemalangan ski pada Disember 2013.
Selepas itu, kesihatannya semakin merosot, koma untuk waktu yang lama dan kini tidak pasti sama ada dia sudah sedar atau belum.
Sejak daripada insiden itu, ahli keluarganya menjaga privasi Schumacher dengan akses yang sangat terhad kepada kenalan selain tidak banyak perkembangan terkini kesihatannya yang dikongsi.
Topic Berkaitan
#Michael Schumacher
#Formula 1
#undang-undang
#kemalangan ski
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan