awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga bimbang tanah runtuh ancam keselamatan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/10/2022
21:45 MYT
Keluarga bimbang tanah runtuh ancam keselamatan
Pemeriksaan pihak bomba mendapati, terdapat tanah runtuh membentuk cerun di belakang rumah mangsa dan tindakan awal diambil dengan memasang sawar-sawar bagi mengurangkan mendapan tanah apabila hujan. - Foto ihsan JBPM
LANGKAWI: Tiga beranak berhadapan ancaman keselamatan selepas rumah mereka mengalami keretakan akibat kejadian tanah runtuh di Kampung Surau Buluh Penyumpit, dekat sini, semalam.
Runtuhan tanah itu dikesan selepas hujan lebat tanpa henti sehingga sebahagian tanah di belakang rumah mereka runtuh.
Zaimah Ismail, 46 tahun, berkata kejadian itu disedarinya jam 9 pagi apabila melihat dinding dan lantai rumah tiba-tiba retak.
“Waktu itu saya baru selesai solat sunat tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian dapur.
“Saya lihat dinding bahagian bilik air sudah retak dan tanah di bawahnya telah runtuh.
“Tidak tahu apa yang harus dilakukan, saya bertindak menghubungi bomba,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Zaimah dia bersyukur ketika kejadian dua anaknya Mohd Jasni Zulkifli, 22 tahun, dan Intan Shafikah Zulkifli, 18 tahun, tiada di rumah kerana keluar bekerja.
Sementara itu Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi mendapati terdapat tanah runtuh membentuk cerun di belakang rumah mangsa.
Katanya, pemeriksaan mendapati struktur tanah mendap terutama di bahagian bilik tidur, bilik air dan dapur menyebabkan berlaku keretakan pada lantai dan dinding.
“Tindakan awal, anggota memasang sawar-sawar pada kawasan cerun bagi mengurangkan mendapan tanah apabila hujan.
“Bomba juga membantu mangsa menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan lanjut dan mangsa kini tinggal sementara di surau kampung," katanya.
Topic Berkaitan
#banjir
#tanah runtuh
#rumah rosak
#Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan