awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga 'Kim' diberi keutamaan tuntut mayat Kim Jong-nam - Ketua Polis Selangor

Bernama
Bernama
17/02/2017
14:22 MYT
Keluarga 'Kim' diberi keutamaan tuntut mayat Kim Jong-nam - Ketua Polis Selangor
ABDUL SAMAH: PDRM memberi keutaman kepada keluarga 'Kim' untuk menuntut mayat Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Negara HKL di sini. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi keutaman kepada keluarga 'Kim' untuk menuntut mayat Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata selain itu pihaknya juga menerima tuntutan pihak kedutaan Korea Utara.
"Tuntutan hanya kita terima daripada kedutaan Korea Utara, tapi keutamaan kita adalah daripada waris, dan kita sedang berusaha termasuk pengecaman mayat, keduanya untuk tahu siapa yang akan menuntut dan untuk mendapat kepastian.
"Bedah siasat sudah dibuat, tapi keputusan bedah siasat belum dikeluarkan lagi," katanya ketika dihubungi Bernama News Channel (BNC) di sini hari ini.
BACA: Kes bunuh Kim Jong-nam: Kawalan pintu keluar masuk negara diperketat
BACA: Jabatan Kimia terima sampel dalam siasatan kematian Kim Jong-nam
Isnin lepas, Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita dikatakan menekup mukanya dengan kain yang mengandungi cecair beracun.
Jong-nam yang menggunakan nama Kim Chol pada pasportnya, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Samah Mat
#Indonesia
#Kim Chol
#KLIA
#KLIA2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan