awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WEF2026: AI tiada guna kalau tidak disebar kepada semua lapisan masyarakat - Satya Nadella
Pengeluar telefon pintar kurangkan pengeluaran peranti akibat kekurangan komponen
Harga emas catat rekod tertinggi baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lonjakan pendidikan mesti diterjemah kepada nilai, disiplin dan prestasi lebih baik - PM Anwar

Bernama
Bernama
20/01/2026
09:05 MYT
Lonjakan pendidikan mesti diterjemah kepada nilai, disiplin dan prestasi lebih baik - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru untuk membanteras amalan buli dan kemalasan dalam sistem pendidikan, serta menekankan pembinaan nilai kemanusiaan yang penting. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Lonjakan besar menerusi rancangan pendidikan negara diharap mampu menyedarkan semua pihak untuk berikhtiar melakukan perubahan yang lebih baik, khususnya dalam membentuk nilai, jati diri dan kemanusiaan pelajar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru untuk membanteras amalan buli dan kemalasan dalam sistem pendidikan, serta menekankan pembinaan nilai kemanusiaan yang penting.
  • Anwar mengingatkan bahawa pendidikan perlu melibatkan semua pihak termasuk pelajar, guru, dan pensyarah untuk melonjakkan pembangunan peribadi, nilai, teknologi, dan keupayaan.
  • Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan jumlah besar belanjawan untuk pendidikan, dengan RM66.2 bilion untuk Kementerian Pendidikan dan RM18.60 bilion untuk Kementerian Pendidikan Tinggi.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata sebarang amalan yang merosakkan nilai murni dalam sistem pendidikan, termasuk budaya buli, tidak boleh dipandang ringan walaupun melibatkan segolongan kecil.
"Kita mesti ada tekad seperti mana kita berperang dengan rasuah dan dadah, kita juga mesti berperang dengan amalan buli yang jahat kerana ia merosakkan identiti dan budaya sekolah itu sendiri," katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035, di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Anwar berkata pendidikan tidak seharusnya terhad kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu menekankan pembinaan nilai kemanusiaan yang membezakan manusia daripada makhluk lain.
"Apa-apa amalan kemalasan dan kerosakan mesti dibanteras, kerana yang kita didik itu manusia. Manusia boleh diangkat sebagai sebaik-baik insan atau memilih untuk menjadi sehina-hina makhluk. Maka nilai kemanusiaan itu amat penting dalam sistem pendidikan," katanya.
Sehubungan itu, Anwar menyeru agar seluruh ekosistem pendidikan digerakkan secara menyeluruh, melibatkan pelajar, mahasiswa, guru, pensyarah serta kepimpinan pendidikan bagi melonjakkan pembangunan peribadi, nilai, teknologi dan keupayaan masing-masing selaras dengan tuntutan semasa.
Beliau berkata walaupun portfolio pendidikan diterajui Menteri Pendidikan dan Menteri Pendidikan Tinggi, soal pendidikan sebenarnya menjadi tanggungjawab bersama seluruh Jemaah Menteri, termasuk dari segi perancangan dan peruntukan belanjawan negara.
"Malah, jika dibandingkan dengan banyak negara lain di dunia, Malaysia antara yang memperuntukkan jumlah yang sangat besar dalam bidang pendidikan," katanya.
Sementara itu, Anwar turut mengingatkan bahawa peningkatan peruntukan dan bantuan kerajaan perlu disusuli dengan peningkatan mutu dan prestasi kerja semua pihak yang terlibat dalam sektor pendidikan.
Kerajaan menerusi Belanjawan 2026 telah memperuntukkan RM66.2 bilion untuk Kementerian Pendidikan dan RM18.60 bilion kepada Kementerian Pendidikan Tinggi.
Sementara itu, Anwar berkata pada bulan ini, penjawat awam termasuk guru dan pensyarah menerima pelarasan gaji, manakala pelajar daripada Tahun Satu hingga Tingkatan Enam menerima bantuan tunai RM150 sebagai sokongan asas persekolahan.
"Selain itu, terdapat juga bantuan lain seperti baucar buku untuk mahasiswa, serta bantuan tunai termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk anak bujang bawah 18 tahun," katanya.
Oleh yang demikian, beliau menegaskan bantuan dan kemudahan yang diberikan perlu diterjemahkan kepada peningkatan kualiti, bukan sekadar mengekalkan tahap prestasi sedia ada.
"Kalau sebelum ini markahnya C, selepas bantuan dan sokongan diberikan, janganlah masih C. Sebab itu saya mengharapkan dengan lonjakan dalam rancangan pendidikan negara ini, kita benar-benar insaf dan berikhtiar untuk melakukan sesuatu yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang ditekankan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035? A: Anwar Ibrahim menekankan perlunya membanteras amalan buli dan kemalasan dalam sistem pendidikan serta pembinaan nilai kemanusiaan.
  • Q: Berapakah jumlah belanjawan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia untuk Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi? A: Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM66.2 bilion untuk Kementerian Pendidikan dan RM18.60 bilion untuk Kementerian Pendidikan Tinggi.
  • Q: Apakah bantuan yang diberikan kepada penjawat awam, guru, pensyarah, dan pelajar dalam sektor pendidikan mengikut kenyataan Perdana Menteri? A: Antara bantuan yang diberikan termasuk pelarasan gaji, bantuan tunai RM150 kepada pelajar, baucar buku untuk mahasiswa, dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk anak bujang bawah 18 tahun.

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035
#Ahmad Zahid Hamidi
#Fadhlina Sidek
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan