RPN: Matriks pembelajaran Tahun 4, Tingkatan 3 fokus intervensi, pengukuhan kurikulum

Fadhlina (foto) menyampaikan ucapan pada Forum Pendidikan Negara bertajuk Memacu Lonjakan Pendidikan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Pendekatan Matriks Pembelajaran Malaysia bagi pelajar tahun empat dan tingkatan tiga bukan semata-mata sistem peperiksaan awam, sebaliknya satu kaedah penilaian yang menumpukan kepada sokongan awal pembelajaran secara berperingkat.
Ringkasan AI
- Pendekatan Matriks Pembelajaran Malaysia fokus pada sokongan awal pembelajaran bagi pelajar tahun empat dan tingkatan tiga, bukan hanya ujian awam semata-mata.
- Matriks pembelajaran membolehkan identifikasi awal kelemahan murid, membenarkan guru merancang intervensi pembelajaran yang sesuai, serta menyokong pelaksanaan kurikulum baharu.
- Sistem ini menggantikan UPSR dan PT3 dengan menitikberatkan pada penambahbaikan, intervensi, dan persediaan murid menghadapi penilaian antarabangsa, seiring dengan pelan reformasi pendidikan RPN 2026-2035.
"Secara keseluruhannya, matriks pembelajaran berperanan sebagai mekanisme intervensi dan pengukuhan pembelajaran selain menyokong pelaksanaan kurikulum baharu," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035, di sini hari ini.
Matriks Pembelajaran Malaysia akan dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan selaku badan berwajib, bertujuan mewujudkan keyakinan awam terhadap ujian itu dan bagi tahun empat ia akan dilaksanakan Oktober tahun ini, manakala tingkatan tiga pada 2027.
Ia melibatkan empat mata pelajaran bagi tahun empat, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, manakala tingkatan tiga melibatkan lima mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.
Menurut Fadhlina, matriks pembelajaran juga secara tidak langsung akan mempersiapkan murid untuk menghadapi tiga penilaian antarabangsa, iaitu Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA), Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM).
Dalam pada itu, beliau berkata Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak dikembalikan memandangkan ia sudah tidak sesuai dengan pelajar sekarang.
"... matriks pembelajaran ini jauh lebih baik daripada UPSR dan PT3 kerana ruang lingkupnya adalah penambahbaikan dan intervensi," katanya.
RPN 2026-2035 ialah langkah reformasi pendidikan bagi membina masa hadapan generasi muda yang lebih adil, berdaya saing dan berteraskan nilai.
Pelan pendidikan baharu itu melibatkan dua kementerian, iaitu Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), serta rancangan strategik pendidikan nasional yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara, daripada peringkat sekolah sehingga pendidikan tinggi.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan utama pendekatan Matriks Pembelajaran Malaysia yang diperkenalkan kepada pelajar tahun empat dan tingkatan tiga? A: Matriks Pembelajaran Malaysia diperkenalkan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid lebih awal, membolehkan intervensi dan pengukuhan pembelajaran, serta merancang langkah kurikulum yang sesuai.
- Q: Berapakah bilangan mata pelajaran yang terlibat dalam pelaksanaan Matriks Pembelajaran Malaysia bagi pelajar tahun empat dan tingkatan tiga? A: Bagi tahun empat, terlibat empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains, manakala bagi tingkatan tiga, melibatkan lima mata pelajaran termasuk Sejarah.
- Q: Apa yang dikatakan Menteri Pendidikan tentang perbezaan antara Matriks Pembelajaran Malaysia dengan UPSR dan PT3? A: Menteri Pendidikan menyatakan bahawa Matriks Pembelajaran Malaysia lebih baik daripada UPSR dan PT3 kerana fokusnya pada penambahbaikan, intervensi, dan pengukuhan pembelajaran.
- Q: Apakah penilaian antarabangsa yang akan dihadapi oleh murid yang telah dilatih dengan Matriks Pembelajaran Malaysia? A: Murid yang dilatih dengan Matriks Pembelajaran Malaysia akan bersedia menghadapi tiga penilaian antarabangsa iaitu Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA), Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS), dan Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM).
- Q: Apakah tindakan yang diambil berhubung dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) setelah pengenalan Matriks Pembelajaran Malaysia? A: UPSR dan PT3 tidak akan dikembalikan kerana dianggap tidak sesuai dengan keperluan pelajar sekarang, dengan Matriks Pembelajaran Malaysia dipuji sebagai pendekatan yang lebih baik.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

