PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menjemput Keluarga Malaysia untuk berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang sekian lama tidak dapat diadakan.
Beliau berkata beberapa acara menarik telah diatur bagi menyemarakkan sambutan tahun ini termasuk keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan menaiki kereta berkuda Diraja dari Menara DBKL ke Dataran Merdeka.
Dalam sidang media di sini hari ini, beliau berkata kereta kuda itu kali terakhir digunakan oleh Tuanku Syed Sirajudin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail semasa sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada 2005.
Annuar berkata selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2022 adalah 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'.
"Konsep sambutan pada tahun ini adalah selari dengan tiga teras utama yang digariskan dalam konsep Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran," katanya.
Beliau berkata konsep sambutan HKHM 2022 akan digambarkan melalui perarakan dengan penglibatan komuniti besar Keluarga Malaysia seperti komuniti Orang Asli, cef terkenal Malaysia dan barisan petugas hadapan untuk mengenang kembali saat sukar negara memerangi pandemik COVID-19.
Annuar berkata bacaan ikrar pada hari sambutan 31 Ogos nanti akan dilafazkan oleh Muhammad Azeem Mohd Fahmi, yang merupakan pemegang rekod acara 100 meter negara.
Beliau berkata antara keunikan pada hari sambutan nanti adalah penyertaan 30 tokoh negara dan selebriti terkenal tanah air dalam perarakan Hari Kebangsaan melalui perarakan kereta antik serta perarakan 65 motosikal berkuasa tinggi dari Persatuan Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia.
Buat julung kalinya, upacara menaikkan Jalur Gemilang dan muzik lagu Negaraku akan diiringi oleh Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) di bawah pimpinan Pengarah Muzik RTM Datuk Mokhzani Ismail dan diiringi seramai 65 ahli muzik, katanya.
Lagu tema sambutan tahun ini iaitu 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' akan dinyanyikan oleh Alif Satar dan The Locos dengan diiringi 65 Koir Keluarga Malaysia daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Annuar berkata kontinjen perbarisan tahun ini terdiri daripada empat komponen iaitu perbarisan dan perarakan, kementerian, ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Beliau berkata tempoh keseluruhan sambutan adalah kira-kira dua jam 30 minit iaitu bermula pada 8 pagi dan dijangka tamat pada 10.30 pagi.
Dalam tempoh tersebut, pelbagai persembahan menarik diatur antaranya persembahan Padang Formasi Color Guard yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri Selangor melibatkan 600 pelajar dari sekolah-sekolah yang terpilih dari Selangor.
Selain itu, katanya terbang lintas pesawat udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membawa perasaan bangga rakyat Malaysia kerana mempunyai juruterbang yang berpengalaman dan hebat di udara.
"Pada hari sambutan nanti pastinya kita akan saksikan aksi-aksi kepakaran pembawa pesawat-pesawat pejuang kita membuat pertunjukan udara. Segmen ini memaparkan kebolehupayaan dan kesiapsiagaan TUDM hasil gabungan kemahiran dan kepakaran warga TUDM khas bagi Hari Kebangsaan 2022," katanya.
Annuar berkata kumpulan kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) turut terlibat dengan 600 artis budaya membuat persembahan padang.
Perarakan kereta berhias kolaborasi strategik antara kerajaan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersama syarikat swasta turut memeriahkan sambutan antaranya Petronas dan Tenaga Nasional Bhd, Telekom Malaysia (TM), YTL, Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, MEASAT dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
Sambutan Hari Kebangsaan 2022 disiar secara langsung melalui Facebook Live Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Facebook Merdeka 360 dan Facebook Jabatan Penerangan Malaysia, saluran televisyen TV1, stesen utama lain seperti MHI, Astro Awani, TV Alhijrah, Bernama TV, TV Sarawak (TVS), Awesome TV dan Suke TV.
Ia juga boleh ditonton menerusi portal Merdeka 360 iaitu www.merdeka360.com.my yang merupakan hab informasi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022
Annuar berkata selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2022 adalah 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'. - Gambar fail/BERNAMA
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.
76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam
Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari.
[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial
Alhamdulillah, 31 Ogos tahun ini genap 66 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa asing.
'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'
Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, 35, menceritakan aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Khamis lalu.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Indonesia yakin hubungan dengan Malaysia utuh di tengah cabaran global
Jalinan di sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan dapat terus ditingkatkan melalui komitmen bersama kedua-dua negara.