JASIN: Pemergian mengejut atlet memanah negara Haziq Kamaruddin meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh ahli keluarganya.
Bapa Allahyarham, Kamaruddin Yusof, 59, mengakui terkejut dengan pemergian anak keduanya memandangkan dia tidak menunjukkan sebarang tanda tidak sihat atau mengadu sakit kepada sesiapa.
Kamaruddin berkata dia hanya berkesempatan bersembang dengan anak kesayangannya itu pada 1 Syawal lalu menerusi panggilan video selepas sudah lama tidak bersua kerana perintah kawalan pergerakan (PKP).
"Raya pertama hari tu dia ada buat video call, dia kata dia sihat tak ada apa-apa. Saya pun tak sangkalah boleh jadi macam ini, boleh jadi tiba-tiba macam itu.
"Dia cerita semua baik semua bagus, kesihatan dia pun bagus, lama dah tak jumpa, sebab tak boleh keluar daerah, kan? Rentas negeri tak boleh.
BACA: Perginya 'Robin Hood' negara
Mengulas lanjut, ujarnya, Haziq disifatkan sebagai seorang anak yang baik dan telah melibatkan diri dengan dunia sukan memanah sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Dalam sayu, ujarnya, antara ketiga-tiga anaknya, hanya Haziq yang aktif dalam dunia sukan dan kehilangannya nyata memberi impak besar kepada mereka sekeluarga.
Terdahulu, pemanah recurve itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang pada 9.37 pagi tadi selepas dilaporkan rebah dan tidak sedarkan diri di kediamannya di Kajang.
Haziq yang berasal dari Johor Bahru dan sudah berkeluarga, pernah mewakili negara dalam dua temasya sukan iaitu Olimpik London 2012 dan Olimpik Rio 2016.
Beliau juga sebelum ini banyak mencipta kemenangan di peringkat antarabangsa dengan meraih pingat emas pada Kejohanan Memanah Asia 2011 di Tehran, Sukan SEA 2015 di Singapura dan Sukan SEA 2017 di Malaysia.
Haziq kemudian selamat dikebumikan pada jam 1.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Taman Koperasi, Serkam, Melaka berhampiran kediaman keluarga isterinya.
Shuhada Abdul Kadir
Sat May 15 2021
Pemergian mengejut atlet memanah negara Haziq Kamaruddin meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh ahli keluarganya. -BERNAMA
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Eugenius Lo cemerlang raih emas ketiga, samai rekod kebangsaan
Atlet memanah, Eugenius Lo Foh Soon sekali lagi menceriakan kem Sabah dengan aksi cemerlang apabila meraih pingat emas ketiganya.