Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menafikan pihaknya tidak mengikut prosedur berhubung kelulusan pemberian permit pengimportan keratan ayam untuk tujuan pemprosesan tambah nilai.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata kelulusan permit import hanya diberikan kepada syarikat pengusaha produk tambah nilai hasilan ayam yang telah mematuhi prosedur ditetapkan JPV, antaranya memiliki loji dan kilang bagi memproses keratan ayam tersebut untuk dijadikan produk hiliran lain seperti burger dan sosej.
Beliau berkata pemohon yang memenuhi syarat ditetapkan kemudiannya akan dirujuk kepada jawatankuasa di peringkat jabatan dan kementerian sebelum dibawa kepada perhatian Ketua Setiausaha Kementerian untuk tindakan lanjut.
"Berdasarkan syor jawatankuasa tersebut yang terlebih dahulu turun membuat tinjauan di lapangan, Ketua Setiausaha Kementerian akan membuat keputusan sama ada permohonan itu diluluskan atau ditolak," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai dakwaan pihak tertentu yang dikesan disebarkan melalui media sosial sejak minggu lalu yang antara lain mendakwa JPV tidak telus, hanya memberi permit import kepada syarikat tertentu dan terdapat syarikat diberikan kuota berlebihan.
Quaza Nizamuddin berkata semua proses tapisan permohonan dibuat secara ketat dan teliti termasuk mengenal pasti kemampuan pemohon dalam memproses keratan ayam selain berikrar keratan ayam tersebut hanya untuk kegunaan pengusaha itu sendiri sahaja.
Beliau berkata pihaknya amat tegas dalam soal itu yang satu syarikat telah ditarik lesen import tahun lepas setelah didapati menjual keratan ayam yang diimport di pasaran terbuka.
Quaza Nizamuddin berkata syarikat yang diberikan permit import hanya dibenarkan mengimport 50 peratus keperluan keratan ayam dari luar negara manakala selebihnya perlu menggunakan ayam keluaran tempatan.
Beliau berkata industri pengimportan keratan ayam bagi keperluan sektor hiliran seperti penghasilan sosej, burger dan nuget sentiasa meningkat berdasarkan permintaan tinggi pasaran domestik dan antarabangsa.
Untuk tahun lepas, negara mengimport keratan ayam dengan nilai RM468 juta dan setelah ditambah nilai, ia mendatangkan pulangan sehingga RM730 juta, katanya dan menambah sehingga kini 62 syarikat diberikan permit import daripada 138 yang memohon.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 02 2019

Industri pengimportan keratan ayam bagi keperluan sektor hiliran seperti penghasilan sosej, burger dan nuget sentiasa meningkat berdasarkan permintaan tinggi pasaran domestik dan antarabangsa. - Gambar fail

Unjuran Pasaran | Ringgit dijangka mengukuh minggu ini
Sementara itu, Penganalisis Pasaran FXTM Han Tan berkata minggu ini akan berlaku peristiwa besar yang boleh mengubah sentimen risiko global. Ini termasuk musim pengumuman pendapatan korporat di Amerika sehingga data ekonomi dari Amerika dan China, serta keputusan kadar Rizab Persekutuan Amerika.

Unjuran Pasaran | Bursa Malaysia dijangka diniaga berhati-hati
Bursa Malaysia dijangka menyaksikan urus niaga berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat minggu ini. Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata penyertaan pelabur dijangka agak perlahan minggu ini.

Vaksin COVID-19 | Naib Presiden Argentina terima suntikan pertama
Naib Presiden Argentina Cristina Fernandez De Kirchner menerima dos pertama vaksin Sputnik V buatan Rusia. Bekas Presiden dua kali itu berusia 67 tahun menerima suntikan vaksin di Hospital Presiden Peron di Avellaneda, Buenos Aires.

COVID-19 | Angka korban global melepasi 2.12 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.12 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 418 ribu kes.

COVID-19 | Kes positif dunia menghampiri 100 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 100 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas sekali gus menjadikan kes kumulatif global kini 99.05 juta kes.

Bursa Malaysia dijangka bergerak berhati-hati
Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata, penyertaan pelabur dijangka agak perlahan minggu ini.

COVID-19 | Amerika larang kemasukan bukan warganegara
Dalam perkembangan sama, Biden akan mengenakan larangan ke atas kebanyakan bukan warganegara Amerika Syarikat memasuki negara itu yang baru-baru ini berada di Afrika Selatan. Larangan berkuatkuasa Sabtu ini. Langkah dibuat sebagai sebahagian usaha untuk mengekang penyebaran varian baru COVID-19.

Ekonomi AS | Biden ingin pelan rangsangan diluluskan segera
Presiden Amerika Joe Biden dijangka menggesa Demokrat dan Republikan di Kongres segera merangka dan luluskan Pelan Rangsangan COVID-19 bernilai 1.9 trillion dollar. Ini untuk membantu penduduk di Amerika dan mengelak berlakunya krisis ekonomi yang lebih besar akibat COVID-19.

Vaksin COVID-19 | Lewat hantar vaksin, Itali ambil tindakan
Itali akan mengambil tindakan undang-undang dan meningkatkan tekanan di Brussels terhadap Pfizer Inc dan Astrazeneca kerana kelewatan penghantaran vaksin COVID-19. Menurut Menteri Luar Negeri Luigi di Maio, tindakan bertujuan supaya syarikat berkenaan memenuhi jumlah vaksin sebagaimana dijanjikan selain tidak meminta pampasan.

AWANI Ringkas: COVID-19: 10 lagi sekolah diarah tutup | PKPD di Penjara Bentong, kuaters kakitangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Pukul, cekik dan lempar anjing: Mahkamah keluar waran tangkap ke atas lelaki
Waran tangkap tersebut dikeluarkan selepas tertuduh berusia 51 tahun gagal hadir pada perbicaraan kes yang berlangsung hari ini.

Wanita bunuh kucing bunting direman empat hari
Semalam Astro Awani melaporkan seorang wanita bertindak kejam apabila tergamak memukul dua ekor kucing dengan sebatang besi sehingga salah seekor daripada kucing yang sedang bunting mati.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak terlibat aktiviti kawal selia pengimportan daging
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) tidak terlibat dalam aktiviti kawal selia pengimportan daging dan produk daging di pintu masuk negara.

Selesema burung H5N8: KKM akan bertindak sekiranya menjangkiti manusia
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini, tiada jangkitan selesema burung H5N8 di negara ini.

Hukuman lebih berat menanti penternak unggas di Perak yang cemar alam sekitar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Perak memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua penternak.

Jangan pindahkan haiwan ternakan dari kawasan hawar berdarah ke daerah lain - Exco
Perbuatan berkenaan adalah kesalahan serius kerana boleh menyebabkan penyebaran wabak penyakit itu ke kawasan lebih luas.

Kandang kerbau keluarga Syukur diisytihar kawasan larangan
Hanya pemilik kandang dibenarkan memasuki kawasan tersebut, bagi mengelak jangkitan penyakit hawar berdarah ke kawasan lain.

Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB
Anjing jenis Plott Hound itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu.

Lelaki mengaku tidak bersalah bunuh tiga kucing dalam mesin kedai dobi
Tertuduh, Muhammad Najwan Zulkefli, 24 tahun, didakwa telah melemaskan haiwan tersebut di dalam mesin basuh di sebuah pusat dobi layan diri di Kepong sekitar jam 5.30 pagi.

Kampung Tian, Mukah diisytihar kawasan baharu rabies di Sarawak
Satu lagi kawasan baharu wabak Rabies di Kampung Tian, Matu, Mukah diisytiharkan di Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan kawasan wabak tersebut di negeri itu kepada 64 kawasan.