awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Rohingya dihukum penjara 16 tahun sebabkan kematian rakan senegara
Cuepacs ingatkan penjawat awam urus kenaikan gaji secara berhemat, berdisiplin
Ghea Indrawari kembali ke KL menerusi konsert 'Rasi Jiwa'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelulusan Sinovac perlu lalui dua fasa

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
27/02/2021
03:59 MYT
Kelulusan Sinovac perlu lalui dua fasa
Malaysia hari ini menerima vaksin COVID-19 keluaran Sinovac yang diterbangkan dari Beijing, China menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH319. - Foto BERNAMA
SEPANG: Proses kelulusan vaksin keluaran syarikat biofarmaseutikal Sinovac, akan melalui dua fasa, pertama, kelulusan vaksin itu dan kedua, kelulusan untuk proses pengilangan di Pharmaniaga.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan meneliti dua aspek tersebut sebelum sebarang keputusan dibuat.
"Perkara ini perlu dijelaskan sebaiknya. Kita kena jelaskan bahawa, ya, memang betul, vaksin Sinovac masih lagi dalam penilaian NPRA.
"Tapi untuk kita bagi kelulusan kepada kilang Pharmaniaga, untuk melaksanakan 'fill and finish', maka, NPRA kena buat penilaian kepada kilang itu dan juga kepada proses pengilangan itu sendiri.
"Itu kita tidak dapat laksanakan kalau kita tiada vaksin. Jadi mereka perlu mengkaji laporan kestabilan vaksin dan pengeluaran. Barulah NPRA dan akan buat cadangan atau syor," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Ketibaan Bekalan Kedua Vaksin COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu.
BACA: 300,000 dos vaksin Sinovac tiba di Malaysia pagi ini
BACA: COVID-19: Saya akan ambil suntikan vaksin Sinovac atau Sputnik V - Khairy
Ketika ditanya bilakah vaksin tersebut akan diluluskan, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak dapat memberi tarikh tepat berhubung kelulusan berkenaan.
"Mereka (NPRA) perlu diberikan ruang untuk bekerja. Sudah pasti jita mahu ia diluluskan secepat mungkin tapi tiada shortcut.
"Beri masa dan jangan desak mereka," tegas beliau.
Bekalan pertama vaksin COVID-19 buatan syarikat biofarmaseutikal, Sinovac pula tiba ke tanah air kira-kira jam 8.50 pagi tadi.
Penghantaran pertama vaksin COVID-19 Sinovac itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan pesawat MH319 dikendalikan MABkargo Sdn Bhd (MASkargo).
Sebanyak 200 liter vaksin dalam bentuk cecair secara pukal diterbangkan dari China ke Malaysia dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 300.
Cecair tersebut kemudian akan diproses, diisi dan dibungkuskan oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd menjadi lebih 300,000 dos daripada 14 juta dos yang dijadualkan diterima Malaysia secara berperingkat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Khairy Jamaluddin
#Sinovac
#Coronavac
#NPRA
#kelulusan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Pharmaniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan