KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan kerajaan yang melambatkan proses kelulusan vaksin yang telah mendapat pengiktirafan badan kesihatan di peringkat antarabangsa.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, kelewatan itu termasuk pada vaksin dari Rusia yang masih belum mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk digunakan di negara ini.
Katanya, vaksin yang digunakan oleh negara-negara lain telah menunjukkan perkembangan positif dalam mengurangkan penularan jangkitan COVID-19.
"Tak payahlah buat ujian yang lain pula... supaya kita nak tentukan nak tanya soal itu, soal ini. Kalau itu (vaksin berkenaan) boleh digunakan di negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat (AS), kita guna sajalah.
"Kita dapati kali ini di United Kingdom (UK), tak ada satu pun kes kematian (pada 1 Jun) sebab di UK mereka mengadakan satu kempen yang agresif untuk suntik vaksin kepada seberapa banyak yang mungkin. Belum sampai 80 peratus tetapi sudah ada kesan," kata Dr Mahathir menerusi satu rakaman video, hari ini.
Tegas Ahli Parlimen Langkawi itu, kerajaan perlu melipatgandakan usaha untuk memberikan suntikan vaksin kepada seberapa ramai rakyat di negara ini.
Selain itu, katanya, pasukan vaksinasi perlu digerakkan segera ke kampung-kampung dan membantu golongan warga emas yang tidak boleh keluar mendapatkan vaksin.
"Tak akan kerajaan tak boleh sewa bas atau kereta dan tak perlu terlalu banyak orang, kita mempunyai ribuan doktor, satu doktor di satu tempat sudah mencukupi untuk hantar bersama pasukan vaksinasi ke kampung-kampung.
"Saya dengar kawasan Pulau Tuba (Langkawi) terdapat seorang yang mendakwa berusia 130 tahun. Dia dilahirkan di Pulau Tuba dan tak pernah keluar dari Pulau Tuba dan umurnya lebih. Nak nanti dia pergi ke Kuah tentu sukar baginya.
"Sebab itu walaupun pulau, kita boleh ada bot, kita pergi kerana ada ramai orang juga di Pulau Tuba ini dan kita adakan satu pusat, bukanlah satu pusat yang besar tetapi kena atur dengan baik.
"Orang yang datang untuk vaksinasi ini mesti duduk berjauhan, jangan dekat-dekat kerana ini akan menyebabkan jangkitan," tambah beliau lagi.
Sehubungan itu, Dr Mahathir menegaskan supaya masyarakat tidak meragui mengenai keberkesanan vaksin yang telah dihasilkan oleh negara luar termasuk dari China.
"Kalau ada kesan yang tidak baik waktu ini kita sudah dapat tahu bahawa vaksin ini menyebabkan ramai yang mati.
"(Namun) kita tak dengar cerita sedangkan laporan akhbar dan media memang mencari-cari (bahan berita) sama ada vaksin ini memberi kesan yang tidak baik atau tidak.
"Saya dapati bahawa memang orang Eropah menyoal kebolehan orang China tetapi hakikatnya China mempunyai 1.4 bilion tetapi ekonomi mereka berjalan dengan baik dan boleh mengeluarkan produk," kata Dr Mahathir.
Setakat ini, tiga vaksin mendapat kelulusan bagi pendaftaran bersyarat oleh NPRA iaitu COMIRNATY (Pfizer) yang dihasilkan oleh BioNTech di Jerman; AstraZeneca (Medimmune Pharma di Belanda); serta Coronavac keluaran Sinovac di China.
Hasimi Muhamad
Wed Jun 02 2021
Dr Mahathir berkata, vaksin yang digunakan oleh negara-negara lain telah menunjukkan perkembangan positif dalam mengurangkan penularan jangkitan COVID-19. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada laporan RCI Batu Puteh.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar
Pendedahan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan menunjukkan wujudnya pengkhianatan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.