awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kem PLKN, Kem Wawasan dijadikan pusat tahanan dan kuarantin sementara PATI - Muhyiddin

Fareez Azman
Fareez Azman
04/02/2021
08:50 MYT
Kem PLKN, Kem Wawasan dijadikan pusat tahanan dan kuarantin sementara PATI - Muhyiddin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengambil alihan Kem PLKN dan Wawasan adalah sebahagian daripada tindakan serta merta kerajaan untuk mengurangkan keseksaan serta penularan COVID-19 di depoh tahanan.
PUTRAJAYA:Kerajaan akan mengambil alih kem-kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan kem-kem Wawasan untuk digunakan sebagai Pusat Tahanan dan Kuarantin Sementara Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan penjara sementara.
Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia adalah sebahagian daripada tindakan serta merta kerajaan untuk mengurangkan kesesakan serta penularan COVID-19 di depoh tahanan.
"Kerajaan juga telah menggunakan kuasa di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk membuat pengambilalihan sementara Kem-kem PLKN dan Kem-kem Wawasan yang digunakan sebagai Pusat Tahanan dan Kuarantin Sementara Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan penjara sementara.
"Ini adalah sebahagian daripada tindakan serta merta Kerajaan untuk mengurangkan kesesakan di depoh-depoh tahanan Jabatan Imigresen Malaysia dan penjara yang secara langsung dapat mencegah penularan COVID-19 dalam kalangan tahanan.
"Sebanyak 16 kem PLKN dan Kem Wawasan telah diambil alih secara sementara untuk tujuan ini," katanya dalam Perutusan Khas penjelasan terkini Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat dalam mengurus pandemik COVID-19 pada Khamis.
BACA: Teks penuh penjelasan terkini Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat oleh PM
Ujar Muhyiddin lagi, tindakan itu juga mampu mempertingkatkan penguatkuasaan kerajaan dalam mencegah kemasukan PATI ke negara ini yang menjadi antara punca penularan COVID-19.
Jelas beliau, pada masa sama, kerajaan turut menurunkan kuasa polis kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi meningkatkan keupayaan tindakan penguatkuasaan dalam memerangi COVID-19 melibatkan PATI.
"Untuk meningkatkan lagi keupayaan tindakan penguatkuasaan kerajaan dalam memerangi COVID-19, saya telah mengeluarkan arahan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk menurunkan kuasa polis kepada Angkatan Tentera Malaysia bagi membuat penangkapan, pemeriksaan dan rampasan semasa membantu agensi-agensi lain melakukan tugas pencegahan PATI dan operasi pencegahan COVID-19.
"Saya juga telah mengarahkan anggota RELA yang berjumlah lebih 3 juta orang di seluruh negara untuk membantu tugasan penguatkuasaan SOP di premis-premis perniagaan dan tempat awam," katanya lagi.
Tambah Muhyiddin, kerajaan juga akan melaksanakan Program Pemerkasaan Komuniti yang melibatkan pemimpin masyarakat setempat dalam kempen pencegahan COVID-19 di peringkat komuniti.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Angkatan Tentera Malaysia
#SOP
#polis
#Perdana Menteri
#kerajaan
#tentera
#ATM
#COVID-19
#pati
#Jabatan Imigresen Malaysia
#operasi
#pusat tahanan
#Kuarantin Sementara
#penjara sementara
#Kem PLKN
#Kem Wawasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan