KEPALA BATAS: Program latihan kemahiran dalam pelbagai bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang ditawarkan oleh agensi serta institusi pendidikan, mampu membuka peluang dalam mengusahakan perniagaan sendiri.
Alumni TVET Mohd Hairul Ithnin, 38, seorang usahawan produk VC-Pro berkata kemahiran dan ilmu yang diajarkan melalui TVET amat bermanfaat kepadanya sehingga mampu membuka perniagaan sendiri.
"Saya merupakan bekas pelajar Giatmara di Segamat, Johor pada 2001. Saya memang berminat dengan bidang perniagaan, jadi dengan adanya ilmu dan kemahiran yang sangat berguna daripada TVET, saya mampu membuka perniagaan sendiri," katanya kepada Bernama pada Ekspo TVET@KKDW 2023 di Bertam Square semalam.
Beliau berharap agar Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dapat menganjurkan lebih banyak ekspo sebegitu bagi mempromosikan kesedaran, menarik minat dan meningkatkan kemasukan pelajar baharu dalam bidang TVET.
Seorang pengusaha bakeri dari rumah, Nur Azaidatul Arnica Mahabharata, 30, berkata kemahiran TVET telah membantunya dalam menguruskan perniagaannya dengan lebih efisien.
"Saya telah memulakan perniagaan bakeri dari rumah pada 2014. Selepas mempunyai ilmu pengetahuan serta kemahiran TVET dan setelah saya mengaplikasikannya dalam perniagaan, pendapatan perniagaan saya bertambah baik. Saya berhasrat untuk membuka bakeri sendiri secepat mungkin," katanya.
Sementara itu, seorang pengunjung Farrah Wahida Azizan, 44, pegawai farmasi berkata program Ekspo TVET@KKDW 2023 merupakan platform yang dapat membantu khususnya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam membuat keputusan mengenai perkara yang boleh dilakukan atau dipelajari selepas tamat persekolahan.
"Program ini sangat bermanfaat. Sebagai ibu bapa, kita juga mendapat pendedahan mengenai apa itu program TVET melalui program Ekspo TVET@KKDW 2023 ini," katanya.
Ekspo TVET@KKDW 2023 berlangsung hingga hari ini dari 9 pagi hingga 10 malam di Bertam Square, Kepala Batas.
Program itu merupakan medan promosi bagi program latihan kemahiran dalam pelbagai bidang TVET yang ditawarkan oleh agensi serta institusi pendidikan di bawah KKDW.
Sebanyak 280 institusi TVET bersedia menawarkan pelbagai program, kursus dan latihan kemahiran kepada pengunjung yang meminati aspek kemahiran.
Penutupan ekspo itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023
Program TVET yang ditawarkan oleh agensi serta institusi pendidikan, mampu membuka peluang dalam mengusahakan perniagaan sendiri. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
Genap dua tahun, TPM Ahmad Zahid ikrar terus komited laksana tanggungjawab
Ahmad Zahid berikrar akan terus berkhidmat dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi memastikan lebih banyak lagi kejayaan yang boleh dibanggakan negara dicapai.
KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).
Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
TVET kunci keluar dari kemiskinan
Pendidikan secara umumnya adalah satu-satunya penyelesaian yang mampan untuk memecahkan kitaran kemiskinan dan ketidaksamaan.
KPKM teroka peluang baharu melalui program MCYTT
KPKM melalui Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian bercadang meneroka ruang dan peluang baharu termasuk penyertaan dalam Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) pada tahun depan.