Kesejahteraan dan kemakmuran terletak pada kestabilan negara.

Itulah kata-kata Ketua Biro Strategi dan Perancangan Pemuda MCA, Neil Foo Seck Chyn.

“Sebagai Pemuda MCA, saya berbangga dengan kemakmuran dan kemajuan berterusan di negara ini dengan asas kestabilan yang wujud,” tambah Neil.

Beliau berkata demikian awal hari ini pada sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh MCA di Bandar Tun Razak.

Menurut beliau, ini merupakan kali pertama MCA mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di lokasi tersebut.

Dijangka serama 10,000 pengunjung yang akan hadir semasa sambutan tersebut dimana sebanyak 60 buah gerai penjaja dibuka di situ.

Pelbagai jenis program dan aktiviti turut disediakan seperti upacara memakan Yee Sang atau ikan mentah iaitu satu tradisi unik yang dimulakan oleh masyarakat Tionghoa di Malaysia.

Pada masa sama, MCA turut akan melancarkan Bas Kestabilan Rakyat yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Bas ini dilancarkan dengan tujuan menjelajah seluruh Malaysia bagi menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa asas kemajuan dan kemakmuran negara terletak pada kestabilan negara," kata beliau.