awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemajuan tidak dapat dicapai jika amalan rasuah berleluasa - Raja Perlis

Bernama
Bernama
17/05/2022
05:10 MYT
Kemajuan tidak dapat dicapai jika amalan rasuah berleluasa - Raja Perlis
Raja Perlis ,Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, kemajuan tidak dapat dicapai sekiranya amalan rasuah berleluasa dalam kehidupan seharian masyarakat. - Gambar BERNAMA
ARAU: Raja Perlis ,Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, kemajuan tidak dapat dicapai sekiranya amalan rasuah berleluasa dalam kehidupan seharian masyarakat.
Baginda bertitah, perbuatan seperti meminta, menawar, memberi dan menerima rasuah adalah salah di sisi agama dan undang-undang negara.
"Amalan rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial dan seterusnya boleh mengancam kesejahteraan negara," titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-79 di Istana Arau, hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan barisan exco kerajaan negeri.
Seramai 325 penerima anugerah darjah kebesaran negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan ke-79 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin.
Baginda berkenan menganugerahkan darjah-darjah kebesaran itu kepada 22 orang penerima hari ini, manakala 303 orang lagi akan menerima anugerah mereka dalam majlis pada hari lain. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Perlis
#Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
#amalan rasuah
#Ulang Tahun Keputeraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan