awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas UPSI: Bedah siasat ambil masa kerana libat ramai mangsa - KP Perak

Faida Rahim
Faida Rahim
09/06/2025
04:10 MYT
Kemalangan bas UPSI: Bedah siasat ambil masa kerana libat ramai mangsa - KP Perak
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata ia berikutan kemalangan melibatkan jumlah mangsa yang ramai.
KUALA LUMPUR: Proses bedah siasat 15 mayat mangsa nahas membabitkan bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli dekat Tasik Banding di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh akan mengambil sedikit masa.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata ia berikutan kemalangan melibatkan jumlah mangsa yang ramai.
"Kalau kita lihat kejadian pada 13 Mei yang lalu pun melibatkan sembilan anggota FRU pun bermula 3 petang, berakhir 11 malam.
"Ini lebih ramai, akan lebih lama lagi dan saya juga difahamkan kereta jenazah dari Terengganu juga sudah menghampiri Gerik dan kita akan divert kenderaan jenazah untuk ke Hospital permaisuri Bainun," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Balai Polis Gerik pada Isnin.
Menurut beliau siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan sedang menghala ke arah Gerik.
"Itu kita masih dalam siasatan keadaan jalan agak menurun dan berliku, jadi sebarang kemungkinan, we will look on technical perspective also, masih dalam siasatan. Terlalu awal untuk kita determine, what really happened.
"Jalan itu gelap, dia jalan raya Timur Barat tiada lampu kecuali dekat jambatan di Tasik Banding, itu memang gelap dan berliku," katanya.
Menurut laporan, pemandu bas tersebut berusia 40 tahun mengalami kecederaan di tangan akibat insiden.
Bas berkenaan membawa 42 penumpang terdiri daripada pelajar UPSI, bersama seorang pemandu lelaki berusia 40 tahun dan kelindan berusia 54 tahun.
Topic Berkaitan
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#Ipoh
#bedah siasat
#KP Perak
#Datuk Noor Hisam Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami