awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas UPSI: Jadikan ini titik perubahan standard keselamatan - MATA

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/06/2025
12:30 MYT
Kemalangan bas UPSI: Jadikan ini titik perubahan standard keselamatan - MATA
Tragedi menyayat hati itu harus menjadi titik perubahan kepada standard keselamatan pengangkutan dalam negara. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) mendesak agar satu siasatan segera, menyeluruh dan telus dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar nahas bas yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada Isnin.
Dalam satu kenyataan, MATA berkata, tragedi menyayat hati itu harus menjadi titik perubahan kepada standard keselamatan pengangkutan dalam negara dan menegaskan pihak yang bertanggungjawab mesti dikenakan tindakan tanpa kompromi.
"Tragedi ini adalah satu panggilan kesedaran. Kita tidak boleh lagi menganggap keselamatan sebagai perkara kedua. Setiap pihak berkepentingan — dari pengendali hingga penggubal dasar — mesti menjadikan keselamatan sebagai satu amanah yang tidak boleh diabaikan. MATA mahu setaip pengedali bas persiaran memastikan keselamatan setiap penumpang, khususnya generasi muda dan pelancong kita, terpelihara sepenuhnya," kata Presiden MATA, Datuk Seri Mohd Khalid Harun.
Katanya, sebagai persatuan yang mewakili agensi pelancongan dan perjalanan, MATA akan menggandakan desakan kepada kerajaan untuk melaksanakan pemantauan yang lebih ketat, audit berkala, dan latihan keselamatan wajib kepada semua penyedia pengangkutan berlesen, terutamanya yang membawa pelajar dan kumpulan besar.
"Kami juga akan mencadangkan kerjasama keselamatan bersama Kementerian Pengangkutan dan agensi berkaitan bagi mengelakkan tragedi yang seperti ini daripada berulang," katanya lagi.
Tambahnya, aspek keselamatan dalam semua bentuk pengangkutan adalah satu perkara asas yang merupakan tanggungjawab bersama kementerian, badan penguatkuasa, agensi pengangkutan, pengendali perkhidmatan dan institusi pendidikan, dan semua pihak perlu memastikan pematuhan kepada SOP yang telah ditetapkan.
Dalam tragedi awal pagi Isnin berkenaan, bas yang membawa 42 penumpang, seorang pemandu dan seorang kelindan dipercayai melanggar belakang sebuah kereta pelbagai jenis (MVP) jenis Perodua Alza di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Gerik sekitar jam 1 pagi.
Pemandu bas dilaporkan mengalami kecederaan di tangan dan empat individu menaiki Perodua Alza cedera ringan.
Topic Berkaitan
#MATA
#kemalangan bas UPSI
#kemalangan berdekatan Tasik Banding
#15 penuntut UPSI maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan