awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Piala Negara-Negara FIH Wanita 2: Impian Malaysia ke separuh akhir lebur
MALAYSIA
Monsun Barat Daya: Bomba Johor pantau 42 lokasi titik panas
MALAYSIA
Sindiket cetak pelekat palsu imigresen tumpas, lelaki warga Pakistan ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kemalangan bas UPSI: JPJ gantung serta-merta lesen pemandu bas

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/06/2025
13:16 MYT
Kemalangan bas UPSI: JPJ gantung serta-merta lesen pemandu bas
Aedy Fadly Ramli berkata, penggantungan lesen itu akan kekal berkuat kuasa sehingga siasatan penuh selesai dijalankan pihak berkuasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung serta-merta lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terbabit dalam nahas tragis meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat, Gerik, Perak pada 9 Jun lalu.

Ringkasan AI
  • JPJ menggantung serta-merta lesen PSV pemandu bas yang terlibat dalam nahas meragut 15 nyawa pelajar UPSI di Gerik.
  • JPJ turut membuka siasatan ke atas syarikat pengendali dan pemilik permit operasi bas berkenaan.
  • Pemandu bas didakwa memandu secara berbahaya dan mengaku tidak bersalah; dibebaskan dengan jaminan RM19,000.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, penggantungan lesen itu akan kekal berkuat kuasa sehingga siasatan penuh selesai dijalankan pihak berkuasa.
"Ini adalah sebagai langkah proaktif demi menjaga kepentingan awam dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Aedy Fadly berkata tindakan diambil mengikut Seksyen 56(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Dalam pada itu, katanya, JPJ turut membuka kertas siasatan terhadap pemilik syarikat pengendali kenderaan, termasuk syarikat yang menerima pajakan permit operasi bas berkenaan.
Beliau menegaskan, komitmen JPJ untuk terus mengutamakan keselamatan jalan raya dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pelanggaran undang-undang yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya.
Dalam kejadian 9 Jun lalu, bas yang membawa 42 pelajar UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menuju kampus utama UPSI terbabit nahas di JRTB berhampiran Tasik Banding.
Kejadian menyebabkan 13 mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Pemandu bas, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, kemudian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gerik, Perak dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian 15 pelajar.
Tertuduh bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan RM19,000 dengan dua orang penjamin.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#nahas bas UPSI
#kemalangan
#lesen digantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami