awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas UPSI: Pemandu didakwa di mahkamah hari ini

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
13/06/2025
00:00 MYT
Kemalangan bas UPSI: Pemandu didakwa di mahkamah hari ini
Pemandu bas sewa khas yang terbabit dalam tragedi nahas di Gerik sehingga meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Isnin lalu, akan didakwa di mahkamah hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Pemandu bas sewa khas yang terbabit dalam tragedi nahas di Gerik sehingga meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Isnin lalu, akan didakwa di mahkamah hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, lelaki berusia 39 tahun itu yang ditahan sejurus selepas dibenarkan keluar Hospital Taiping, akan dihadapkan ke mahkamah di Gerik.
Terdahulu, media melaporkan pemandu bas itu ditahan sekitar jam 5.45 petang Khamis selepas dibenarkan keluar hospital.
Difahamkan, lelaki itu diiringi oleh tiga anggota polis dipercayai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, ketika meninggalkan pekarangan hospital berkenaan.
Sebelum ini, Noor Hisam dipetik berkata, pemandu bas itu turut mengalami kecederaan di bahagian tangan.
Tragedi terbabit berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, ketika bas membawa 42 pelajar UPSI itu sedang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu, menuju ke kampus universiti berkenaan.
Kemalangan itu menyebabkan 13 pelajar UPSI disahkan terkorban di tempat kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital akibat parah.
Topic Berkaitan
#kemalangan bas UPSI
#pemandu bas UPSI
#pemandu didakwa
#15 pelajar UPSI meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan