MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: Perikatan Nasional seru kerajaan ambil langkah tegas

PN berhasrat membawa isu keselamatan pengangkutan awam ke Parlimen dalam sesi terdekat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menyeru kerajaan untuk segera mengambil langkah tegas bagi mengelakkan lebih banyak nahas yang meragut nyawa, seperti kemalangan bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mengorbankan 15 pelajar.
Ringkasan AI
- Seruan untuk tindakan segera terhadap keselamatan bas: Perikatan Nasional menggesa kerajaan memperkukuh peraturan keselamatan, termasuk pemasangan tali pinggang keledar bagi bas baharu serta pemantauan lebih ketat terhadap pemandu yang mempunyai rekod kecuaian.
- Cadangan peningkatan teknologi dan audit keselamatan: PN mencadangkan pemasangan sistem GPS dan telematik pada semua bas, penggunaan teknologi AI untuk pemantauan, serta audit berkala terhadap syarikat bas ekspres dan bas sewa khas pelajar.
- Usaha membawa isu ke Parlimen: PN berhasrat membawa isu keselamatan pengangkutan awam ke Parlimen dalam sesi terdekat serta mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Bebas untuk mengenal pasti kelemahan sistemik dalam pengurusan keselamatan bas.
PN juga menggesa beberapa sistem sedia ada dikemas kini dengan memperluaskannya ke semua bas demi keselamatan maksimum, termasuklah sistem pemantauan pemandu bas, daripada hanya KEJARA JPJ kepada satu sistem senarai hitam antara agensi.
Selain itu, kerajaan diseru mewajibkan pemasangan sistem GPS atau telematik bagi semua bas dan memanfaatkan teknologi AI sebagai pemudah cara, serta mengadakan audit keselamatan menyeluruh terhadap semua syarikat bas ekspres dan bas sewa khas pelajar secara berkala.
Dalam masa yang sama, beliau menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Bebas sepertimana yang ditubuhkan susulan kemalangan maut anggota FRU di Teluk Intan, bagi mengenal pasti kelemahan sistemik yang perlu diperbaiki secara menyeluruh.
"Perikatan Nasional akan membawa isu ini ke Parlimen dalam sesi terdekat bagi memastikan Kerajaan tidak memandang ringan terhadap aspek keselamatan pengangkutan awam, khususnya apabila melibatkan pelajar dan generasi muda negara," katanya lagi.
Dalam kemalangan yang berlaku antara 12.30 hingga 1 pagi itu, 15 penuntut UPSI maut selepas bas yang disewa khas dari Jerteh, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Perak.
Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Alza.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami