MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: Pinjaman PTPTN 13 mangsa maut lupus, bantuan kewangan tambahan disalurkan

Kerajaan umum pelupusan penuh pinjaman pendidikan bagi 13 daripada 15 pelajar UPSI yang maut dalam kemalangan bas di Gerik, Perak, tanpa sebarang tuntutan bayaran balik kepada keluarga. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan beberapa langkah bantuan kepada keluarga mangsa tragedi kemalangan bas yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak awal pagi Isnin lalu.
Ringkasan AI
- Kerajaan umum pelupusan penuh pinjaman pendidikan bagi 15 pelajar UPSI yang maut dalam kemalangan bas di Gerik, Perak, tanpa sebarang tuntutan bayaran balik kepada keluarga.
- Perdana Menteri turut mengarahkan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dan RM5,000 kepada mangsa yang cedera.
- Pejabat Peguam Negara juga diminta meneliti aspek insurans berkaitan kenderaan terlibat bagi membantu keluarga mangsa dari sudut perlindungan dan pampasan.
Jelas beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meminta bantuan kewangan tambahan disalurkan sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban, manakala RM5,000 kepada mangsa yang cedera.
"Maka berdasarkan dasar sedia ada, pinjaman telah dilupuskan dan dimaafkan. Tiada isu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan 13 mangsa yang terkorban.
"Seterusnya, Perdana Menteri telah mengumumkan kepada Jemaah Menteri untuk memberikan bantuan tambahan kepada keluarga mangsa iaitu sebanyak RM10,000 kepada mangsa yang meninggal dan RM5,000 yang mengalami kecederaan.
"Selain itu, Perdana Menteri memberi arahan kepada Pejabat Peguam Negara untuk meneliti aspek dari segi insurans untuk membantu keluarga mangsa kenderaan yang dimaksudkan," katanya dalam sidang media, di sini, pada Rabu.
Podcast ini dijana oleh AI menggunakan data yang sahih dan telah disemak mengikut piawaian kewartawanan AWANI.
Dalam kejadian awal pagi Isnin, seramai 15 pelajar UPSI terkorban manakala tujuh cedera parah selepas bas dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan.Bas membawa 42 pelajar universiti itu dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu, hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kereta pelbagai jenis Perodua Alza.
Pemandu bas mengalami kecederaan di tangan, manakala pemandu dan penumpang Perodua Alza cedera ringan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami