MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: Proses bedah siasat 13 jenazah penuntut selesai

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata, proses pembedahan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) itu berjalan lancar dan selesai lebih awal dari dijangkakan. - Foto Bernama
IPOH: Bedah siasat 13 jenazah pelajar Universiti Pendidikan Idris (UPSI) Ipoh yang terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi selesai kira-kira 6.15 petang tadi.
Ringkasan AI
- Proses bedah siasat selesai lebih awal: Bedah siasat ke atas 13 jenazah pelajar UPSI di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai sekitar 6:15 petang, lebih awal daripada jangkaan asal.
- Persiapan untuk penghantaran jenazah: Polis mengesahkan kesemua jenazah akan diiringi pulang ke kampung halaman masing-masing selepas prosedur selesai.
- Perkembangan sebelum ini: Sebelum itu, enam jenazah sudah selesai menjalani bedah siasat sekitar 3:30 petang, lebih awal daripada anggaran asal yang dijadualkan selesai pada tengah malam.
"Insya-Allah kesemua jenazah penuntut UPSI ini kami (pihak polis) akan iringi mereka ke kampung halaman masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Jabatan Forensik (HRPB) di sini pada Isnin.
Sebelum ini Nor Hidam berkata, proses bedah siasat 13 jenazah (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan ngeri di KM53 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik awal pagi tadi dijangka siap pada 12 tengah malam ini.
Bagaimanapun kira-kira 3.30 petang tadi enam jenazah penuntut UPSI selesai dibedah siasat.
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam nahas melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah kenderaan, dalam kejadian di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik awal di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (Gerik–Jeli), awal pagi tadi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami