awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan bas UPSI: Sultan Pahang titah masjid anjur solat jenazah ghaib

Bernama
Bernama
11/06/2025
20:45 MYT
Kemalangan bas UPSI: Sultan Pahang titah masjid anjur solat jenazah ghaib
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di negeri itu menganjurkan solat jenazah ghaib untuk pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik, Perak.
Mufti Pahang Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim dalam satu kenyataan berkata baginda turut menitahkan solat berkenaan selain bacaan Yasin dan tahlil, dilaksanakan selepas solat maghrib hari ini.
"Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada mangsa yang masih dirawat serta mendoakan semoga Pahang secara khususnya dijauhkan daripada segala bencana alam dan kemudaratan," katanya.
Pada awal pagi Isnin lepas, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Alza di JRTB.
Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kereta Perodua Alza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Pahang
#solat jenazah ghaib
#kemalangan bas UPSI
#masjid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami