awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan Jambatan Tembila: Pikap ditemukan, pemandu masih hilang

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2022
12:17 MYT
Kemalangan Jambatan Tembila: Pikap ditemukan, pemandu masih hilang
Kenderaan mangsa dikesan pada jarak 10 meter dari kenderaan itu dilaporkan terjatuh.- Foto JBPM
BESUT: Sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terjunam ke dalam sungai di Jambatan Tembila di sini pada Rabu telah berjaya ditemukan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Mohamad Jusoh berkata kenderaan tersebut dikesan kira-kira jam 5.15 petang tadi dan mengambil masa lebih satu jam untuk membawa naik dengan bantuan kren.
Bagaimanapun pemandu kereta berkenaan Shukri Wahab, 52, masih belum ditemui.
Jelasnya kenderaan mangsa dikesan pada jarak 10 meter dari kenderaan itu dilaporkan terjatuh.
"Selepas berjaya mengesan objek pasukan penyelam terus melakukan selaman sebelum menemui pacuan empat roda berkenaan pada kedalaman kira-kira empat meter.
"Setakat ini hanya kenderaan mangsa yang ditemui dan usaha mencari mangsa masih giat dijalankan," katanya.
Kenderaan tersebut dikesan kira-kira jam 5.15 petang tadi dan mengambil masa lebih  satu jam untuk membawa naik dengan bantuan kren. - Foto JBPM
Kenderaan tersebut dikesan kira-kira jam 5.15 petang tadi dan mengambil masa lebih satu jam untuk membawa naik dengan bantuan kren. - Foto JBPM
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa akan diteruskan menerusi teknik pencarian di permukaan.
Pada Rabu Shukri dilaporkan hilang manakala isterinya terselamat selepas pacuan empat roda yang dinaiki pasangan itu terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Tembila.
Azizah Mohamad Yusof, 51, yang terselamat ditemukan sedang berpaut pada sebatang pokok di tebing sungai.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata ketika kejadian pacuan empat roda itu dipandu dari arah Kelantan menuju ke Kuala Terengganu.
Katanya sejurus tiba di tempat kejadian kenderaan jenis Toyota Hilux berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terlanggar besi penghadang jambatan sebelum terjatuh ke dalam sungai.
Topic Berkaitan
#pikap jatuh sungai
#Jambatan Tembila
#Besut
#operasi mencari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan