MUAR: Remaja yang terselamat dalam nahas enam sekeluarga maut membabitkan lima kenderaan di Segamat pada September lalu kini sudah mula menjalani kehidupan normal dan menunjukkan keadaaan kesihatan yang semakin baik.
Abang mangsa, Abdur Rahman Amir Ruddin, 19, berkata, adiknya, Abdullah Amir Rudin, 15, atau lebih mesra dipanggil Dollah kini semakin pulih dan bersemangat selepas berdepan tragedi tersebut yang meragut nyawa ibu bapa dan adik-beradiknya.
"Semangat Dollah memang kuat daripada keadaannya dikatakan hanya 50-50, kemudian terlantar lebih sebulan dan guna kerusi roda tiga hingga empat hari.
"Selepas itu Dollah boleh berjalan semula dalam masa sehari, hari kedua sudah boleh mengayuh basikal dan semua itu sangat memberi motivasi kepada saya untuk kuat meneruskan kehidupan kami bersama.
"Adik saya juga sudah boleh makan seperti biasa cuma dalam kuantiti sedikit," kata Abdur Rahman ketika dihubungi.
Kemalangan pada jam 6.37 petang, 1 September lalu itu meragut nyawa ibunya, Noorahimah Noor Muhamad, 43, dan bapa, Amir Ruddin Ismail, 46, serta empat adik-beradiknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
Kejadian berlaku ketika tujuh sekeluarga itu dalam perjalanan dari Ladang Tehel Utara, Kluang ke Felda Kemelah di Segamat untuk menghantar Noorahimah serta anak-anaknya di sana.
Namun setibanya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan pasir.
Bercerita lanjut, Abdur Rahman berkata, Abdullah menunjukkan perkembangan positif tetapi mengakui personaliti adiknya berubah daripada seorang yang agak pendiam kepada banyak bercakap dan ceria.
Pada masa sama katanya, Abdullah masih perlu memakai lampin pakai buang tetapi sudah boleh menguruskan diri sendiri dengan pemantauan mereka.
"Alhamdulillah, keadaan Dollah semakin baik cuma ingatan dia sekejap ingat sekejap tidak. Dollah juga seperti kanak-kanak dan banyak bercakap berbanding sebelum kemalangan yang agak pendiam serta hanya menjawab sepatah-sepatah," ujarnya.
Sebagai abang katanya, dia tidak jemu melayan Abdullah dan bersyukur dengan perkembangannya yang semakin baik selain berterima kasih kepada orang ramai yang terus memberikan sokongan.
Dia yang kini menetap di Parit Jawa di sini berkata, kehilangan ibu bapa dan adik-beradik tersayang dua bulan lalu sangat perit, namun mereka tetap kuat menjalani kehidupan bersama keluarga ibu bapa mereka yang sentiasa berada di sisi dan membantu dalam kehidupan harian.
"Setiap hari kami ingat pada insan tersayang dan rindu itu tidak pernah hilang tetapi saya reda mereka pergi dahulu. Dollah juga merindui mereka dan apabila melihat gambar serta video arwah, dia akan menangis dan selepas itu lupa.
"Apabila teringat dia akan tanya 'mana ibu dan abi' dan saya akan beritahu 'ibu dan abi tidur dalam syurga' sebelum dia cakap 'oh lupa pula'. Kadang-kadang Dollah juga terbayang ibu dan abi," katanya.
Menurut Abdur Rahman, dia kini kuat menjalani kehidupan tanpa insan tersayang kerana masih mempunyai keluarga lain terutama adiknya, Abdullah dan mengakui itu juga menjadi pembakar semangatnya untuk menghabiskan pengajian.
Dia kini melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan Sekolah Rendah di Open University Malaysia (OUM) secara jarak jauh.
"Ketika ini kami memang bergantung dengan keluarga selain pencen ibu dan abi. Ketika ini kelas saya setiap Sabtu secara dalam talian dan saya mahu belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan lebih cerah nanti," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 14 2023
Abdur Rahman (kiri) bersama adiknya, Abdullah yang kini semakin menunjukkan perkembangan positif selepas kira-kira dua bulan terlibat kemalangan.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Tayar bas meletup, 26 maut dalam kemalangan di Cote D'ivoire
Sekurang-kurangnya 26 orang maut manakala 28 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di laluan Issia-Daloa, barat Cote d'Ivoire pada petang Jumaat.
Remaja maut motosikal terbabas langgar besi penghadang
Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar besi penghadang di sebelah kiri bahu jalan di Jalan Kilometer 3 Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Sabtu.
Remaja lelaki maut, dua rakan parah kereta langgar pembahagi jalan plaza tol
Seorang remaja lelaki maut manakala dua rakannya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Sungai Dua arah Selatan pagi ini.
Polis bantuan maut terlanggar pacuan empat roda terlibat kemalangan dengan 9 lembu
Seorang anggota polis bantuan maut apabila kereta dipandu terlanggar pacuan empat roda terlibat kemalangan dengan sembilan ekor lembu di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.
Pasangan warga emas rentung teksi dinaiki untuk ziarah anak kemalangan, terbakar
Perjalanan pasangan suami isteri untuk ke rumah anak berakhir tragedi apabila teksi dinaiki terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar di Kampung Lanchang, Jalan Jasin Merlimau, Melaka.
Warga emas maut dalam kemalangan empat kereta
Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan melibatkan empat kereta di Jalan Bahagia, Taman Minang, Cheras, pada Khamis.
Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes lori mengundur secara tiba-tiba dan melanggar sebuah motosikal, mengakibatkan penunggangnya maut.
Lapan maut kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo
Lapan maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo di Sarikei, pada Khamis.
149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021
Sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh Januari 2021 hingga September 2024.
Pemandu treler dipercayai terlelap, kanak-kanak tiga tahun maut kemalangan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut setelah kereta yang dinaiki bersama tujuh ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM148.1 PLUS berhampiran Bukit Gambir.