Kemalangan jalan raya: 34,766 belia maut, negara rugi RM42b#BHPLUS
Posted by Berita Harian Online on Thursday, 6 August 2015
Mengikut sebuah laporan oleh Berita Harian minggu lepas, nilai kerugian yang dialami akibat daripada kemalangan maut melibatkan belia dikatakan mencecah RM41.7 bilion. Angka ini berdasarkan 34,766 belia yang maut akibat kemalangan jalan raya bagi tempoh lapan tahun, sejak 2006 hingga Disember 2014. Anggaran kerugian bagi setiap kes adalah RM1.2 juta bagi setiap individu.
Laporan surat khabar itu turut memetik pegawai penyelidik kanan pusat kejuruteraan keselamatan jalan raya dan alam sekitar, Institut Penyelidikan jalan raya Malaysia (MIROS), Dr. Muhammad Marizwan Abdul Manan, yang berkata bahawa angka tersebut adalah berdasarkan kajian dan pengiraan yang dilakukan pada 2001.
[Ini termasuk purata jangka hayat seseorang di negara ini, dan jumlah kewangan yang boleh diperolehi sewaktu hayat tersebut]
“Apabila kehilangan sebanyak itu, negara kehilangan tenaga kerja, tenaga belia dan bakat berpotensi yang sepatutnya mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” ulas Muhammad Marizwan.
“Kebanyakan kemalangan maut khususnya membabitkan penunggang motosikal berusia antara 16 hingga 20 tahun.”
MIROS turut dikatakan sedang melakukan ujian bagi mendapatkan anggaran yang lebih tepat untuk nilai kerugian yang ditanggung bagi setiap kemalangan jalan raya. Mengikut anggaran beliau sendiri, ia mungkin sudah meningkat sekali ganda kepada RM2.4 juta.
Antara penyebabnya adalah untuk mengambil kira kenaikan kos sara hidup, dan juga pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
(Imej daripada: Azreey (Own work) [CC BY-SA 3]