KOTA TINGGI: Kemalangan maut empat beranak di Jalan Kampung Semanggar Dalam, di sini, tengah hari semalam, diketahui ahli keluarga menerusi gambar di media sosial.
Ibu kepada salah seorang mangsa Rosni Sintingan berkata dia tidak menyangka kehilangan anak perempuannya, menantu dan dua orang cucunya sekelip mata.
Menurutnya, dia mengetahui mengenai insiden itu apabila seorang anak buahnya terlihat foto kemalangan tersebut di Facebook, sebelum menerima panggilan kecemasan.
BACA: Empat beranak maut kemalangan di Kota Tinggi
Katanya, ketika tiba di tempat kejadian mayat anak sulungnya Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27, dan cucunya Nurfatihah Jannah berusia sembilan bulan telah dibawa polis.
"Saya dapat lihat menantu (Mohamad Suti Yahaya, 39) dan cucu lelaki (Nur Firman Hadi Abdul Rahman, 5) saja yang masih terbaring di tempat kejadian dalam keadaan sudah tidak bernyawa," katanya ketika dihubungi Bernama, malam tadi.
Rosni, 53, berkata lebih memilukan anak sulung mangsa Nur Suzila, 8, yang dijaga olehnya sejak dari usia empat bulan, kini menjadi yatim piatu.
"Tadi saya dah beritahu kepada Ila (Nur Suzila) mengenai tragedi yang menimpa ibu, papa serta adik-adiknya dan dia hanya menganggukkan kepala.
"Mungkin masih kurang mengerti tentang apa yang terjadi," katanya dalam keadaan sebak.
Dia yang baru bertemu keempat-empatnya dua hari lepas berkata, anaknya yang mesra dipanggil kakak itu merupakan seorang anak yang bertanggungjawab, selain suka bergurau.
Rosni berkata keluarganya masih menunggu keputusan bedah siasat empat beranak tersebut.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Pasir Raja, di sini.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kejadian pada pukul 1.20 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila Mohamad Suti yang membawa tiga lagi mangsa, gagal mengawal motosikal yang dinaiki mereka semasa melalui selekoh dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.
Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 30 2022
Kemalangan maut empat beranak di Jalan Kampung Semanggar Dalam hanya diketahui ahli keluarga menerusi gambar di media sosial. -Gambar fail/PDRM
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kemalangan maut empat beranak diketahui keluarga menerusi media sosial
Rosni Sintingan berkata dia tidak menyangka kehilangan anak perempuannya, menantu dan dua orang cucunya sekelip mata.