Kemangkatan Ratu Elizabeth II: Perdana Menteri rakam ucapan takziah

Madiha Abdullah
September 9, 2022 10:45 MYT
Perdana menteri berkata legasi pemerintahan baginda akan terus dikenang dan dihormati. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada seluruh kerabat diraja, kerajaan dan rakyat United Kingdom atas kemangkatan Ratu Elizabeth II hari ini.
Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri berkata legasi pemerintahan baginda akan terus dikenang dan dihormati.
"Baginda akan selalu dihormati atas komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap Komanwel, sumbangan berterusan baginda dalam usaha mengukuhkan hubungan dua hala antara United Kingdom dan Malaysia.
"Doa kami sentiasa bersama rakyat United Kingdom dalam menempuhi waktu sukar ini," katanya.
BACA: Ratu Elizabeth II mangkat
BACA: Apa berlaku selepas Ratu Elizabeth II mangkat?
BACA: Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kemangkatan Ratu Elizabeth II
Awal hari ini media melaporkan, Ratu Elizabeth II, pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden, menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Khamis (waktu tempatan).
Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland, kata kenyataan Istana Buckingham.
#Ratu Elizabeth II #ismail sabri yaakob #Malaysia #United Kingdom #komanwel