awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemangkatan Tunku Abdul Jalil: Johor berkabung

Hafidah Samat
Hafidah Samat
06/12/2015
08:08 MYT
Kemangkatan Tunku Abdul Jalil: Johor berkabung
Istiadat pemakaman Almarhum Tunku Abdul Jalil selamat disempurnakan pada kira-kira 3.45 petang. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Semua bendera dikibarkan separuh tiang selama tiga hari susulan kemangkatan, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Ismail pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru.
Anakanda keempat Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah itu disemadikan hari ini di Makam DiRaja Mahmoodiah selepas solat Zohor.
Almarhum disemadikan di sebelah kanan makam nendanya Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Jan 2010, atas permintaan Tunku Abdul Jalil sebelum ini.
Tunku Abdul Jalil yang diputerakan pada 5 Julai 1990 mangkat selepas menderita akibat kanser hati.
mangkat, Shahir Omar
Tunku Abdul Jalil
Suasana pilu menyelubungi bandar raya Johor Bahru yang sedang berkabung selepas kemangkatan putera kesayangan, Tunku Abdul Jalil pada malam Sabtu. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Wartawan penyiaran Astro AWANI, Asyraf Hasnan, krew penggambaran dan jurugambar Astro AWANI, Shahir Omar berada di Johor Bahru bagi laporan lintas langsung kemangkatan Tunku Abdul Jalil.
Pagi yang hening di Johor Bahru - foto di Makam DiRaja Mahmoodiah @501Awani pic.twitter.com/LtgQrMYNv6
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 5, 2015
Persiapan akhir sebelum Istiadat Pemakaman, Almarhum Tunku Abdul Jalil sedang giat dilakukan @501Awani pic.twitter.com/MXoIIwX7jn
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 5, 2015
Balai di luar Makam DiRaja Mahmoodiah dijadikan sebagai ruang kepada kerabat & pemimpin yang hadir @501Awani pic.twitter.com/pcHNeNxRK6
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 6, 2015
Petugas media dan orang awam mula tiba di perkarangan Istana Besar Johor @501Awani - Foto: Suzy pic.twitter.com/gF0rS7G7PV
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 6, 2015
Cuaca cerah; orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir boleh ke Istana Besar Johor sekarang @501Awani pic.twitter.com/FYVewZC3HJ
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 6, 2015
Antara jalan yang ditutup jam 12 nanti: Jalan Ayer Molek, Jalan Gertak Merah & Jalan Mahmodiah @501Awani
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 6, 2015
Sultan Johor, Sultan Ibrahim keluar dari Makam DiRaja Mahmoodiah, melihat sendiri persiapan akhir @501Awani pic.twitter.com/L2KGnn9pTF
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 6, 2015
Beberapa kenderaan kenamaan dilihat masuk ke Istana Besar Johor @501Awani - Foto: Suzy pic.twitter.com/10PTlLGgpQ
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 6, 2015
#JohorBerkabung Kongsikan sifat peribadi mahupun kenangan manis anda bersama Almarhum Tunku Abdul Jalil sewaktu hayatnya. @501Awani
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 6, 2015
#JohorBerkabung Keadaan semasa di pintu (B) akses orang awam ke Istana Besar Johor - Foto Suzy @501Awani pic.twitter.com/XL7dX9vo5G
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 6, 2015
Pengerusi Majlis Jumaah DiRaja, Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu kenyataan pada Sabtu, berkata waktu ziarah bagi orang ramai bermula dari jam 9 pagi sehingga 11.30 pagi Ahad, di Istana Besar Johor.
makam Tunku Abdul Jalil
Shahir Omar
Orang ramai berpusu-pusu hadir ke Istana Johor di Johor Bahru untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil yang mangkat pada malam Sabtu. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Orang ramai telah mula membanjiri Istana Johor seawal 8 pagi Sabtu untuk memberi penghormatan akhir kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Abdul Rahim turut mengumumkan tiada cuti pada Ahad, tetapi kakitangan kerajaan akan berkabung tiga hari manakala Kerabat DiRaja tujuh hari dan semua majlis berbentuk hiburan di Johor ditangguhkan.
Bukan sahaja warga Johor, malah seluruh rakyat Malaysia yang sering mengikuti perkembangan Almarhum Tunku Abdul Jalil turut berduka.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Sabtu telah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga DiRaja Johor tersebut di laman Twitter peribadinya.
Merafak sembah takziah ats kemangkatn Tunku Laksamana Johor, Y.A.M. Tunku Abd Jalil Sultan Ibrahim. Semoga rohnya dicucuri rahmt. Al-Fatihah
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 5, 2015
Almarhum Tunku Abdul Jalil sewaktu hayatnya dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat. Sifat peramahnya membuatkan sesiapa sahaja senang mendampinginya.
Selebriti popular negara, Datuk Siti Nurhaliza merupakan salah seorang personaliti yang begitu rapat dengan Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Dengan notasi terakhir di laman Instagram peribadinya pada Ahad, Siti merakamkan kesedihannya ke atas pemergian sahabat baiknya itu.
Tidak ketinggalan, personaliti sosial media yang dikenali sebagai Faizdickie turut berkongsi rasa sedihnya dengan memuat naik perbualannya dengan Almarhum Tunku Abdul Jalil di aplikasi WhatsApp tidak lama dahulu.
Umum mengetahui, keluarga DiRaja Johor sememangnya akrab dengan rakyat jelata di negeri itu.
Salah seorang warga yang cukup menyayangi Almarhum Tunku Abdul Jalil ialah Fatimah Zahra yang sejak awal pagi Ahad telah mula berkunjung ke Istana Johor untuk memberi penghormatan terakhirnya kepada putera raja itu.
Fatimah Zahra, org awam yg sentiasa ikuti perkembangan keluarga diraja Johor, beri penghormatan terakhir @501Awani pic.twitter.com/O7tOksvaYy
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 6, 2015
Kira-kira jam 1.15 tengah hari tadi, bumi Johor disimbahi hujan seolah-olah menangisi pemergian Almarhum Tunku Abdul Jalil. Suasana suram menyelubungi negeri yang terletak di selatan tanah air itu.
Hujan mula membasahi bumi Johor #JohorBerkabung @501Awani pic.twitter.com/JRb5vQDACd
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 6, 2015
Namun, persediaan pemakaman Tunku Laksamana Johor itu giat dijalankan oleh warga kerja istana. Kain putih ditebar di luar kompleks Makam Diraja Mahmoodiah di mana pedati yang membawa Almarhum akan melaluinya.
Pedati yg membawa Almarhum akan melalui di atas kain putih yg dibentang di Makam DiRaja Mahmoodiah. @501Awani pic.twitter.com/0KsPmf3udt
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 6, 2015
Suasana ketika Istiadat Pemakaman Almarhum Tunku Abdul Jalil. #JohorBerkabung @501Awani pic.twitter.com/vxTrqkUfur
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 6, 2015
Suasana ketika Istiadat Pemakaman Almarhum Tunku Abdul Jalil. #JohorBerkabung @501Awani pic.twitter.com/vxTrqkUfur
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 6, 2015
Sekitar 1.55 petang, pedati yang membawa jenazah Almarhum Tunku Abdul Jalil tiba di Makam DiRaja Mahmoodiah diiringi kira-kira 30 AskarTimbalan Setia Johor melalui Jalan Ayer Molek terus ke makam berkenaan sepanjang tiga kilometer.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan anakanda-anakanda baginda yang lain turut mengiringi jenazah Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Tunku Mahkota Johor sendiri turut berkenan untuk menyempurnakan pemakaman yang diketuai Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut kini membaca talkin dan memimpin majlis tahlil @501Awani
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 6, 2015
Istiadat pemakaman turut dihadiri oleh keluarga DiRaja Pahang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Istiadat disempurnakan pada kira-kira 3.45 petang.
#JohorBerkabung Sultan Pahang meninggalkan Makam DiRaja Mahmoodiah @501Awani pic.twitter.com/F3RIpeqBw5
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 6, 2015
Sultan Johor dan seluruh kerabat Johor Darul Takzim meninggalkan Makam DiRaja Mahmoodiah @501Awani pic.twitter.com/75YcIkUgIg
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 6, 2015
Warga kerja Astro AWANI merakamkan ucapan takziah kepada keluarga DiRaja Johor atas kemangkatan Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Tunku Abdul Jalil, damailah Almarhum di sana ...
Topic Berkaitan
#Kanser hati
#mangkat
#Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
#tunku abdul jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan