awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA

Kemarau: Langkah jangka panjang atasi masalah penyusutan air Tasik Bukit Merah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/06/2022
06:02 MYT
Kemarau: Langkah jangka panjang atasi masalah penyusutan air Tasik Bukit Merah
Baru-baru ini, penduduk sekitar Bagan Serai menyifatkan keadaan air Tasik Bukit Merah yang surut ketika ini paling teruk pernah berlaku. - Facebook Exco Perladangan, Pertanian Dan Industri
TAPAH: Kerajaan negeri Perak mengambil langkah jangka panjang untuk mengatasi masalah penyusutan air di Tasik Bukit Merah untuk menampung keperluan pengairan lebih 12,000 hektar sawah padi di kawasan Jelapang Padi Kerian.
Antara langkah yang dicadangkan ialah menyalurkan air dari Sungai Perak.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Tasik Bukit Merah tidak mempunyai sumber air dari mata air, sebaliknya hanya bergantung kepada air hujan.
"Kita memahami kerana ini bukan baru, ini berlaku selalu, jadi memang dalam perancangan kerajaan negeri. Kita pun dah maklum pada pusat untuk bantu kita.
"Kita boleh ambil air dari Sungai Perak untuk dibawa ke Kolam Tadahan Bukit Merah bagi tujuan menampung pada waktu kemarau dan barangkali untuk kegunaan industri di Taiping," jelas Saarani.
Beliau ditemui selepas program ‘Moh Mengopi Bersama Menteri Besar’ sempena Program Mesra di Pasar Awam Tapah, pada Isnin.
Menurutnya, pihak jururunding sedang membuat kajian untuk menilai kos projek berkenaan.
Baru-baru ini, penduduk sekitar Bagan Serai menyifatkan keadaan air Tasik Bukit Merah yang surut ketika ini paling teruk pernah berlaku.
Kejadian itu menyebabkan kawasan seluas 12,405 hektar mengalami masalah ketiadaan air sawah di Bagan Serai, Alor Pongsu, Gunung Semanggol dan Selinsing.
Topic Berkaitan
#kemarau
#Tasik Bukit Merah
#sawah padi
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.