NATIONAL
[KEMAS KINI] Anggota FRU maut kemalangan: 9 disah maut setakat 1 tengah hari - Polis
![[KEMAS KINI] Anggota FRU maut kemalangan: 9 disah maut setakat 1 tengah hari - Polis [KEMAS KINI] Anggota FRU maut kemalangan: 9 disah maut setakat 1 tengah hari - Polis](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-05/51747110930_anggotaFRUmautdi.jpg)
Polis mengesahkan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) maut akibat kemalangan antara trak dinaiki mereka dengan sebuah lori membawa muatan batu kerikil pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) maut akibat kemalangan antara trak dinaiki mereka dengan sebuah lori membawa muatan batu kerikil pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Bakri Zainal Abidin berkata sehingga jam 1 tengah hari tadi, lapan anggota FRU maut di lokasi kejadian.
Ketika dihubungi Astro AWANI, beliau turut mengesahkan seorang anggota FRU maut ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Teluk Intan.
Ketika ini, dua anggota yang cedera parah sedang dirawat di Zon Merah Hospital Teluk Intan, manakala tujuh yang lain mengalami kecederaan.
Manakala pemandu lori batu kerikil telah ditahan polis untuk membantu siasatan.
Terdahulu, berlaku kekeliruan angka korban sebenar yang dikemas kini oleh beberapa pihak berkuasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami