awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemasukan kumpulan pertama pekerja Indonesia bermula secara berperingkat

Bernama
Bernama
11/08/2022
23:45 MYT
Kemasukan kumpulan pertama pekerja Indonesia bermula secara berperingkat
Saravanan (empat, kiri) bergambar bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad selepas Majlis Pelancaran mynext di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur, 11 Ogos. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kemasukan pekerja Indonesia ke Malaysia telah bermula secara berperingkat selepas negara jiran itu memutuskan untuk menarik balik sekatan penghantaran pekerjanya ke negara ini, berkuat kuasa 1 Ogos lepas.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata kumpulan pertama pekerja Indonesia telah pun berada di Malaysia, manakala dokumen membabitkan 23,000 lagi pekerja dari negara itu sedang diproses oleh pihak berkuasa negara ini.
"Pekerja sudah mula masuk. Kumpulan pertama telah pun berada di sini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan mynext, iaitu usaha memperkasakan bakat-bakat tempatan oleh Kementerian Sumber Manusia (MOHR) menerusi agensinya, Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp).
Pada 13 Julai lepas, Indonesia mengumumkan keputusannya untuk membekukan sementara kemasukan pekerja negara itu ke Malaysia kerana tidak menggunakan sistem tunggal seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.
Bagaimanapun, kedua-dua negara bersetuju untuk mengintegrasikan sistem sedia ada bagi pengambilan pekerja domestik antara Jabatan Imigresen Malaysia dan kedutaan Indonesia di sini.
Sementara itu, mengenai tenaga kerja Malaysia, Saravanan berkata isunya bukan pengangguran tetapi penempatan pekerjaan yang tidak sepadan.
"Walaupun kami mendapatkan mereka (siswazah) kerja, mereka tidak diberi pekerjaan dalam bidang pengajian mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#M Saravanan
#pekerja indonesia
#kemasukan semula
#sekatan penghantaran pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan