awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian anggota TLDM: Perintah reman dua suspek ditukar

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
10/10/2017
05:00 MYT
Kematian anggota TLDM: Perintah reman dua suspek ditukar
Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini mengeluarkan perintah baharu reman selama tujuh hari terhadap dua anggota TLDM mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bagi membantu siasatan kematian dua anggota pasukan itu, pada 29 Sept. --fotoBERNAMA
Mahkamah Majistret Seri Manjung mengenakan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh ke atas dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Dua anggota berkenaan, masing-masing berumur 29 dan 37 tahun, sebelum ini direman di bawah Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan, atas tuduhan mendatangkan cedera parah dan melakukan ugutan jenayah.
Perintah reman hari ini dikeluarkan Majistret Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid yang membenarkan permohonan dibuat Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Ia berhubung kes kematian Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1, Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, di Bilik Tahanan, Sungai Wangi, Sitiawan pada 29 Sept.
Laporan forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh mendapati terdapat pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul hasil bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa.
Tempoh reman tiga hari yang dikenakan sebelum ini ke atas kedua-dua suspek tersebut di bawah Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan, berakhir pada Isnin.
Topic Berkaitan
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#manjung
#reman
#suspek
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan