awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratusan penerbangan alami kelewatan, dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat
Anggota pengaman PBB cedera akibat tembakan di selatan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian Dr Chai bukan kerana dos penggalak vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

Firdaus Azil
Firdaus Azil
26/11/2021
11:18 MYT
Kematian Dr Chai bukan kerana dos penggalak vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham
Berdasarkan laporan bedah siasat, Dr Noor Hisham berkata, kematian Dr Chai bukan kerana dos penggalak vaksin COVID-19. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Kematian Ketua Penolong Pengarah Kanan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Chai Koh Meow disahkan akibat penyakit jantung koronari (hemopericardium) dan myocardial infarction, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,
Berdasarkan laporan bedah siasat, beliau berkata, ia bukan kerana dos penggalak vaksin COVID-19 seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini.
“Saya nak ucap terima kasih kepada keluarga mendiang, abang Dr Chai kerana membenarkan KKM memaklumkan dapatan forensik post-mortem.
“Hasil dapatan laporan ini, telah menyatakan sebab kematian adalah penyakit jantung koronari. Ini adalah laporan yang telah kita terima, dan pihak KKM sedih dengan pemergian Dr Chai,” katanya kepada sidang media di Putrajaya, hari ini.
BACA: KKM mohon jangan spekulasi kematian Dr Chai
Dalam sidang media yang sama, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau berharap kematian mendiang Dr Chai tidak lagi dijadikan bahan spekulasi pihak tertentu, terutama mereka yang ada niat menghalang penerima dos penggalak vaksin.
“Kerajaan dan KKM percaya dengan ketelusan … maka saya minta DG (Ketua Pengarah Kesihatan) berkongsi hasil dapatan kematian mendiang dengan jelas bagi menunjukkan tiada apa-apa maklumat yang disembunyikan.
“Apa-apa kes pun kita akan buat siasatan terperinci iaitu forensik dan post-morterm diteliti sebelum satu ketetapan dapat dibuat malah buat masa ini tidak ada kematian yang disebabkan secara langsung dari vaksin, sama ada primary atau booster,” katanya.
Pada 19 November lepas, Dr Noor Hisham berkata, Dr Chai telah melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19 pada 9 Nov lepas dan tidak melaporkan sebarang kesan sampingan luar biasa setelah mendapat vaksinasi tersebut.
Beliau berkata mendiang juga hadir bekerja dan bertugas seperti biasa sehingga 16 Nov lepas.
Topic Berkaitan
#Dr Chai Koh Meow
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#dos penggalak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan