KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematian Ketua Penolong Pengarah Kanan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Chai Koh Meow pada Rabu, sehingga keputusan bedah siasat rasmi diperoleh.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Dr Chai telah melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19 pada 9 Nov lepas dan tidak melaporkan sebarang kesan sampingan luar biasa setelah mendapat vaksinasi tersebut.
Beliau berkata mendiang juga hadir bekerja dan bertugas seperti biasa sehingga 16 Nov lepas.
Dr Noor Hisham memaklumkan siasatan mengenai punca kematian mendiang masih berjalan dan KKM memohon orang ramai menghormati privasi keluarga mendiang.
"Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga mendiang Dr Chai Koh Meow atas pemergian beliau pada 17 Nov," katanya menerusi kenyataan di Facebook semalam.
Dr Noor Hisham turut menyifatkan mendiang sebagai seorang yang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, masyarakat setempat dan komuniti perubatan tradisional dan komplementari.
"Pihak KKM berdukacita dengan pemergian seorang pegawai kami yang komited dan berdedikasi dalam tugasan beliau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021
Dr Noor Hisham memaklumkan, siasatan mengenai punca kematian mendiang Dr Chai masih berjalan. - Gambar fail BERNAMA
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
[TERKINI] Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Pemilik akaun X hantar komen jelik didakwa pada Jumaat
Pemilik Akaun platform X, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Taaiping, Perak pada Jumaat.
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.