Mahkamah Koroner di sini hari ini, memutuskan kematian dua beranak semasa menonton Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 sebagai kejadian yang tidak dapat dielakkan.
Koroner Dazuki Ali berkata penganjur perlumbaan iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah merancang perlumbaan dengan baik walaupun terdapat perubahan lokasi dan arah laluan perlumbaan di litar baharu di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini.
"Pihak yang terlibat telah mematuhi standard dan piawaian yang ditetapkan dalam penganjuran perlumbaan serta mengambil langkah sewajarnya dalam aspek keselamatan termasuk keselamatan pelumba.
"Ini boleh dilihat daripada pemeriksaan yang diadakan dari semasa ke semasa dan apabila berlaku kekurangan, langkah untuk meningkatkan keselamatan diambil," katanya semasa membaca penghakiman ringkasnya.
Dazuki juga memutuskan kematian Izwan Isa, 39, pada 12.20 tengah hari, 25 Sept 2016 dan anak bongsunya Nur Zulaikha, 5, pada 2.20 petang hari sama di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini adalah akibat kemalangan jalan raya.
Sebelum ini, prosiding inkues diberitahu kemalangan itu juga menyebabkan isteri mangsa, Siti Suhaiza Seman, 38, dan anak sulung mereka Muhammad Iz Danial, 7, cedera.
BACA: Tragedi go-kart di Kuantan: Litar perlumbaan ditukar sebanyak tiga kali
BACA: Kerajaan tubuh jawatankuasa khas siasat kemalangan maut go-kart Kuantan
BACA: Tiga go-kart bergesel punca kemalangan ragut nyawa dua beranak
Dazuki menambah Izwan yang merupakan penyelia kilang mengalami kecederaan parah di dada termasuk patah banyak tulang rusuk sehingga berlaku lebam yang teruk dan koyakan di paru-paru.
Nur Zulaikha mengalami kecederaan parah di kepala seperti retak tulang tengkorak dan pendarahan otak yang menyebabkan bahagian itu bengkak sehingga menghalang aliran darah sehingga menyebabkan kematian.
"Mengenai bagaimana mereka menemui ajal, saya mendapati mereka dilanggar jentera go-kart bernombor 27 yang terbabas ke kanan litar sebelum melanggar penghadang air selepas bergesel dengan go-kart bernombor 22 dan nombor 33," katanya.
Keterangan sebelum ini mengesahkan pemandu go-kart bernombor 27 ialah Azril Ba'ith Razak, 25, mewakili Universiti Multimedia Melaka, manakala go-kart nombor 22 dipandu Ahmad Saifuddin Mahamud, 23, (Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Terengganu) dan nombor 33 dipandu Mohd Rashid Safuan Mohd Sopie, 19, (Politeknik Muadzam Shah).
Dazuki membuat keputusan itu selepas meneliti keterangan 20 saksi inkues sejak prosiding bermula 11 Dis tahun lalu.
Prosiding inkues itu dibantu Timbalan Pendakwa Raya Wahida Zainal Abidin, peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar yang mewakili Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku penganjur, Che Ariffin Mohd Ali (wakil keluarga mangsa), Mohd Syahril Daud (Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM)) Juliana Abu Bakar dan Rosmah Rosli (Majlis Perbandaran Kuantan) dan Ahmad Hazwan Hamdan (Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 29 2018
Dalam kejadian pada Sept 2016 itu, dua beranak maut dirempuh kenderaan jenis go-kart selepas kenderaan itu yang ingin memintas pelumba lain, hilang kawalan dan merempuh penghadang plastik. - Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dua beranak bersama pasangan didakwa lakukan khalwat, persediaan zina
Seorang bapa dan anak perempuannya dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah dan berkhalwat bersama pasangan masing-masing.
Dua beranak maut dalam perjalanan ke tabika Kemas
Dua beranak maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 15, Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris, berhampiran Kampung Tengkawang, pagi tadi.
Bapa bonceng anak maut motosikal bertembung lori
Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya cedera selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 65.5, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Selasa.
Dua beranak maut kereta terbabas elak kera melintas
Kedua-dua mangsa telah tercampak keluar daripada kenderaan dan mengalami cedera parah di bahagian kepala dan badan.
Dua beranak maut nahas di Bandar Baharu
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Alphard yang dipandu mangsa memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan lori.
Lady, Grouse bantu cari dua beranak dikhuatiri lemas ketika menjala
'Lady' dan 'Grouse' daripada jenis Labrador Retriever serta English Springer Spaniel sebelum ini pernah terlibat dalam operasi tragedi tanah runtuh Batang Kali di Selangor.
Lima termasuk dua beranak didakwa edar 24.2 kg dadah
Lima individu termasuk dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan mengedar 24.2 kilogram (kg) dadah pada awal Januari 2024.
Dua beranak hidup dalam sampah, najis: Opah sudah terbela, nasib Erwan jadi tanda tanya
Erwan bertegas untuk terus duduk di rumah sama kerana terlalu sayangkan kucing-kucing yang menjadi teman setianya sejak dulu.
JKM salur bantuan segera kepada dua beranak hidup dalam sampah, najis di Ipoh
Skim Bantuan Am Negeri berjumlah RM400 akan diberikan kepada Erwan Dahari, serta skim Bantuan Warga Emas RM500 kepada ibunya Miram Kadir.
Derita dua beranak hidup dalam sampah, najis
Selama tujuh tahun, Erwan dan ibunya tinggal Flat Taman Silibin dalam persekitaran yang terlalu daif, kotor dan tidak sihat.