MALAYSIA
Kematian pelatih Palapes: PDRM perlu masa siapkan laporan sebelum serah kepada AGC - KPN

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bercakap pada sidang media selepas menghadiri Program Perhimpunan Khas Pegawai Awam sempena Hari Polis ke-218 di sini hari ini. --Foto Bernama
KOTA BHARU: Laporan penuh berhubung kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia di Skudai Syamsul Haris Shamsudin belum dihantar ke Jabatan Peguam Negara, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
Ringkasan AI
- Laporan penuh kematian pelatih Palapes Syamsul Haris masih belum dihantar ke Jabatan Peguam Negara, dan siasatan sedang dijalankan secara teliti oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
- Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah interim melarang kenyataan awam oleh Menteri Pertahanan berhubung kes ini, susulan permohonan keluarga untuk bedah siasat kedua.
- Ketua Polis Negara menekankan keperluan menyiasat semua aspek secara menyeluruh, bagi memastikan keadilan dan ketelusan dalam kes yang melibatkan kematian semasa latihan ketenteraan.
Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengeluarkan perintah interim melarang Menteri Pertahanan dan Kementerian Pertahanan mengeluarkan kenyataan berhubung kes kematian Syamsul Haris.
Media sebelum ini melaporkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kini mengambil alih sepenuhnya siasatan kes itu selepas Mahkamah Tinggi pada 26 Ogos lepas membenarkan permohonan keluarga Allahyarham untuk menggali semula kubur pelatih berkenaan dan menjalankan bedah siasat kedua.
Syamsul Haris, 22, meninggal dunia pada 28 Julai lepas di Hospital Kota Tinggi, Johor selepas menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat, Ulu Tiram dan dikebumikan pada 29 Julai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami