Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak meminta semua anggota parti itu supaya kembali kepada asas perjuangan parti yang mengamalkan perkongsian kuasa dan permuafakatan dalam segala hal untuk kebaikan semua kaum.
Perdana Menteri berkata sebagai 'orang parti' semua anggota komponen BN perlu faham tentang prinsip berkenaan dan bergerak dengan tersusun bersama-sama untuk memastikan kemenangan besar parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.
"Kalau kita masih tidak tahu macam mana nak bergerak dalam gerakan tersusun bersama-sama, kita belum lagi jadi orang parti, kalau nak berjaya mesti jadi orang parti yang patuh pada hukum Allah, taat pada Rasul dan ulul amri.
"Jadinya, kita kena kembali kepada prinsip kenapa BN yang mewakili semua kaum yang ada, dibentuk pada tahun 1974... iaitu bagi menjaga kebaikan semua kaum, rakyat sejahtera dan dapat hidup dengan harmoni, aman, makmur dan menjadikan negara terhebat di persada antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen Kuantan di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang yang juga Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pengerusi BN Kuantan Datuk Wan Adnan Wan Mamat serta Timbalannya Datuk Seri Abdul Hamid Mohd Nazahar.
Lebih 8,000 pemimpin, ahli parti komponen BN dan rakyat membanjiri Dataran Kemunting sejak jam 12 tengah hari menyambut kehadiran Najib dengan sorakan dan laungan ‘Hidup BN’dan ‘Negaraku Malaysia’.
Najib dalam pada itu meminta semua anggota parti BN menyerahkan kepadanya berhubung soal pemilihan calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang ditentukan dengan bantuan pucuk pimpinan negeri termasuk menteri besar dan pemimpin bahagian.
“Ada kala keputusan itu memihak kepada kita, ada kala tak memihak… tetapi lihatlah ia sebagai pengorbanan dalam perjalanan yang lama… selagi ada kuasa dan boleh membantu, kita bantulah perjuangan kerana banyak lagi cara kita boleh berbuat demikian
“Yang lebih penting kita dapat dirikan kerajaan yang kukuh, stabil, kuat, dihormati dan disegani oleh dunia… Jadi, sebab itu, serahlah kepada saya, saya akan cuba fikir yang sebaiknya untuk BN,” katanya.
Sementara itu Najib turut meminta pengundi di Kuantan supaya tidak lagi mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang menjelang PRU14 seperti yang pernah dilakukan pada PRU13 berkenaan soal kilang Lynas.
“Setelah projek ini berjalan satu penggal pilihan raya, kita nak tanya pada pembangkang, kenapa tak bangkit soal Lynas lagi, mungkin sebab ia telah diikitraf selamat oleh Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
“Maka jelaslah apa yang dikatakan sebelum ini adalah satu pembohongan, dan sekarang ada satu pembohongan baharu, iaitu kita hendak menjual kedaulatan negara apabila membuat projek Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP).
“… kita dah letih dengan pembohongan mereka, kita nak pelaburan kerana apabila ada pelaburan kita ada pekerjaan yang membolehkan aktiviti ekonomi berlaku yang akan menguntungkan banyak pihak. Jadi jangan terpedaya dengan helah pembangkang,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 24 2018
Najib disambut para hadirin pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pelancaran Jentera PRU14 Parlimen Kuantan di Padang Kemunting hari ini. --fotoBERNAMA
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.