awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kembara kebajikan bakal jelajah negara ASEAN

Bernama
Bernama
21/08/2015
03:34 MYT
Kembara kebajikan bakal jelajah negara ASEAN
ROHANI: Jika ia berjaya dilaksanakan program tersebut dapat menaikkan imej positif Malaysia dalam kalangan negara ASEAN terutama sekali dalam aktiviti sukarelawan kebajikan.
Kerajaan bercadang untuk meluaskan kawasan program Kembara Kebajikan ke negara-negara ASEAN dengan fokus utama memberi bantuan kemasyarakatan kepada mangsa pasca bencana.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata antara negara ASEAN dikenal pasti berpotensi dilaksanakan program tersebut ialah negara Thailand, Brunei dan Indonesia kerana kedudukan geografi berhampiran dengan Semenanjung, Sarawak dan Sabah.
"Berbeza dengan Peace Corp dari Amerika Syarikat yang berteraskan pendidikan iaitu mengajar Bahasa Inggeris, Kembara Kebajikan lebih kepada aktiviti kemasyarakatan dan bantuan kepada pelanggan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Rohani berkata jika ia berjaya dilaksanakan program tersebut dapat menaikkan imej positif Malaysia dalam kalangan negara ASEAN terutama sekali dalam aktiviti sukarelawan kebajikan.
Terdahulu Rohani melepaskan peserta Kembara Kebajikan Bahagian Miri 2015 bermula hari ini hingga 23 Ogos, melibatkan lebih 100 peserta sukarelawan JKM dan penjawat awam dari pelbagai agensi kerajaan di sini.
"Ini satu cabaran buat sukarelawan JKM yang terlibat dalam program Kembara Kebajikan, dan kerajaan sedia memberi sokongan jika sukarelawan mampu melakukan aktiviti kemasyarakat ke luar negara," katanya.
Rohani berkata buat masa ini tiada tempoh sasaran ditetapkan untuk program tersebut diperluaskan ke negara ASEAN kerana fokus utama sekarang ialah untuk memantapkan kualiti perkhidmatan program Kembara Kebajikan di dalam negara.
"Tahun depan kerajaan akan menganjurkan Kembara Kebangsaan, peringkat kebangsaan dengan tempoh pelaksanaan dalam sebulan melibatkan semua negeri," katanya.
Beliau berkata sejak mula dilaksanakan pada tahun lepas, ia mendapat sambutan yang positif sehingga diiktiraf sebagai program berimpak tinggi dengan pelaksanaan diadakan setiap dua tahun sekali.
"Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa program Kembara Kebajikan ialah gotong-royong dan membantu komuniti warga emas serta Orang Kelainan Upaya (OKU)," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#kembara kebajikan
#pasca banjir
#Rohani Abdul Karim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan