KUALA LUMPUR: Kembara Kenali Borneo, satu pengembaraan bagi mengenali lebih dekat rakyat Malaysia yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak, bakal merealisasikan impian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk mendekati penduduk kedua-dua negeri itu.
Keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah untuk menelusuri Lebuhraya Pan Borneo dalam program pengembaraan yang pertama kali diadakan oleh seorang ketua negara, pastinya membuka peluang keemasan bagi rakyat di kedua-dua negeri untuk beramah mesra dan mengenali dengan lebih dekat pasangan diraja dan delegasi.
Kembara Kenali Borneo, bermula dari Tawau, Sabah hingga ke Telok Melano, Sarawak mulai 3 hingga 13 Sept, akan mencatat sejarah tersendiri dan pengalaman unik kerana pelbagai program serta aktiviti bersama rakyat dirancang seperti dihasratkan Seri Paduka untuk mengenali lebih dekat penduduk kedua-dua negeri yang kaya dengan adat resam, budaya dan seni kraf suku kaum.
Juruiring Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Yang di-Pertuan Agong Brig Jen Datuk Mohamed Zahari Yahya, yang juga Ketua Pegawai Operasi Kembara Kenali Borneo, berkata beberapa program diatur untuk Seri Paduka berdua mendekati rakyat dan santap bersama dengan komuniti setempat, melawat tempat menarik dengan keunikan alam semula jadi dan tamu atau pasar harian yang sinonim dengan masyarakat setempat.
"Program-program ini tidak diminta oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Tuanku (Seri Paduka berdua) sendiri yang menyatakan hasrat untuk melawat lokasi yang dipilih...dan mengambil peluang untuk melihat kawasan-kawasan lain (di Sabah dan Sarawak).
"Malah Tuanku turut menyatakan hasrat untuk sumbang kurnia kepada pihak yang memerlukan," katanya kepada pemberita di Istana Negara, baru-baru ini.
Mohamed Zahari berkata Seri Paduka berdua turut berhasrat menikmati makanan tempatan Sabah dan Sarawak, selain ingin merasai pengalaman memandu sendiri kereta menelusuri Lebuhraya Pan Borneo seperti dizahirkan Al-Sultan Abdullah semasa bertitah pada pembukaan sidang Parlimen, Februari lepas.
BACA: Kembara Kenali Borneo dinanti-nantikan rakyat Sabah
Beliau berkata Kembara Kenali Borneo membawa makna tersendiri kerana Yang di-Pertuan Agong ibarat simbol perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini, apatah lagi ia diadakan tatkala rakyat masih dalam suasana Bulan Kebangsaan, meraikan sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos dan menjelang Hari Malaysia pada 16 Sept.
"Kami berpendapat dengan kembara ini, Tuanku akan dapat merapatkan perhubungan antara rakyat dan perpaduan di Malaysia khususnya dalam masyarakat berbilang kaum," katanya.
Jelajah Kembara Kenali Borneo akan bermula dari Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak melibatkan jarak perjalanan sejauh 2,154 kilometer melalui Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
Selain Tawau, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dijadual singgah di lapan daerah iaitu Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kundasang, Kota Kinabalu, Penampang, Sipitang dan Lawas, Sarawak pada tempoh 3 hingga 7 Sept sebelum memasuki Brunei.
Bagi laluan selanjutnya, Seri Paduka berdua dan rombongan dijadual memulakan perjalanan dari Miri pada 9 Sept dan menyertai aktiviti bermukun (bergendang), sukan dan kenduri rakyat di Pantai Bungai Bekenu, sebelum bergerak ke Bintulu, Tatau, Sibu, Sri Aman, Kuching dan akhirnya ke Telok Melano.
"Raja Permaisuri Agong turut bertitah bahawa baginda ingin melihat kraftangan rakyat tempatan," katanya, merujuk antara pusat kraftangan yang akan dilawati Seri Paduka berdua iaitu di Penampang, Sabah dan Miri, Sarawak.
Selain itu, Mohamed Zahari berkata Tunku Azizah akan menyertai aktiviti memasak bersama komuniti setempat dalam Kembara Kenali Borneo seperti dihasratkan sendiri oleh Raja Permaisuri Agong.
"Berdasarkan perancangan setakat ini, ada dua tempat (aktiviti memasak diadakan) iaitu di Lahad Datu, Sabah dan Rumah Panjang Raymond Plen, Bintulu, Sarawak. Insya-Allah (penduduk setempat) akan dapat merasai masakan daripada air tangan Tuanku (Raja Permaisuri Agong)," katanya.
Mohamed Zahari berkata pihak Istana Negara mendapat kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah serta Sarawak bagi memastikan kelancaran dan aspek berkenaan berada pada tahap yang baik.
"Saya bagi pihak Istana Negara ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat, terutamanyaTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sarawak atas kerjasama baik yang diberikan bagi merealisasi dan menjayakan impian Tuanku berdua," katanya.
Seri Paduka berdua dijadual berangkat ke Majlis Santapan Malam bersama Kerajaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 6 Sept dan Kerajaan Negeri Sarawak, Kuching pada 12 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023
Lebuh Raya Pan Borneo di Batu 32 Sandakan ke Kinabatangan kini siap sepenuhnya dan dibuka kepada semua pengguna. --fotoBERNAMA
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’
Pasangan suami isteri berkongsikan kegembiraan mereka apabila menyambut puteri sulung mereka pada 9 Januari lepas, yang diberi nama Azizah Yumna Azzahra Hasri.
Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah - Hajiji
Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan sentiasa terpahat di sanubari rakyat Sabah.
Agong masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo
Lagu Bekikis Bulu Betis dan Hanya di Sabah masih menjadi siulan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
'Masih rindu, harap orang Borneo juga rindu orang Pahang' - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa pengalaman sepanjang meyertai Kembara Kenali Borneo masih meninggalkan kesan kepada Seri Paduka Baginda sekeluarga.
PM beri jaminan selesaikan petisyen rakyat Sabah dan Sarawak
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memastikan kesemua petisyen rakyat Sabah dan Sarawak yang dipersembah kepada YDP Agong diselesaikan sebaik mungkin.
Gelagat anakanda Agong curi perhatian, jom kenali kekanda, adinda Tengku Hassanal
Tengku Hassanal diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.
Agong, Permaisuri dukacita tidak dapat singgah santuni rakyat di beberapa lokasi
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan dukacita kerana tidak dapat singgah di beberapa lokasi semasa program Kembara Kenali Borneo.
Kembara Kenali Borneo manifestasi semangat raja dan rakyat berpisah tiada
Kembara Kenali Borneo bukan sahaja menzahirkan manifestasi kasih rakyat kepada raja tetapi juga keprihatinan raja terhadap rakyat dan kehidupan di Sabah dan Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 September 2023.
Kembara Kenali Borneo jadi anjakan agenda pembangunan di Sabah, Sarawak - Fadillah
Kembara Kenali Borneo (KKB) sewajarnya dijadikan anjakan serta batu loncatan agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak ke arah penambahbaikan yang lebih baik berbanding sebelumnya, kata Timbalan Perdana