Kemelesetan di Asia Pasifik dijangka akan berpanjangan, walaupun pelonggaran sekatan perjalanan bagi mengekang penularan COVID-19 akan membantu kepada pemulihan secara beransur-ansur pada separuh kedua, kata agensi penarafan Moody's.
Naib Presiden Kanan dan Pegawai Kredit Moody's Group Clara Lau berkata kemampuan syarikat perniagaan untuk pulih bergantung pada kadar permintaan pengguna naik semula, ia juga bergantung kepada kemampuan kerajaan untuk mengembalikan keyakinan dengan mengurangkan kebimbangan terhadap pandemik tersebut.
"Program fiskal dan rangsangan monetari di pasaran maju dan baharu telah membantu menstabilkan pasaran kewangan dan memberikan kelegaan sementara kepada syarikat.
"Namun, prestasi operasi dan kemampuan pembiayaan syarikat mudah terjejas kepada kejutan pasaran kewangan, terutama jika gelombang kedua wabak itu akan mengakibatkan pelaksanaan sekatan perjalan yang baharu," katanya dalam satu kenyataan.
Trend penarafan pada suku kedua 2020 kekal negatif di portfolio korporat Asia Pasifik yang dinilai Moody's walaupun jumlah penarafan negatif telah menurun.
Moody's menyenaraikan 86 penarafan negatif pada suku kedua, turun daripada 120 pada suku pertama.
Daripada jumlah tersebut, 18 didorong oleh dana pelaburan, berkaitan dengan penurunan dana pelaburan India.
Ia tidak termasuk penarafan didorong oleh dana pelaburan, logam dan perlombongan, sektor tenaga serta hartanah yang menyumbang kepada penarafan negatif itu, dengan setiap sektor menerima sembilan. Tiada penarafan positif bagi suku kedua 2020.
Sementara itu, antara penarafan dalam portfolio korporat Asia Pasifik oleh Moody's, 29 peratus mempunyai implikasi negatif, meningkat daripada 26 peratus pada suku pertama 2020 dan merupakan paras tertinggi sejak suku ketiga 2016.
Syarikat yang paling terjejas adalah syarikat automotif dan permainan dengan lebih dari 50 peratus penerbit memberi penarafan dengan implikasi negatif.
Pada masa yang sama, bahagian penarafan dengan unjuran yang stabil turun kepada 69 peratus daripada 71 peratus dalam tempoh yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 16 2020
Trend penarafan pada suku kedua 2020 kekal negatif di portfolio korporat Asia Pasifik yang dinilai Moody's walaupun jumlah penarafan negatif telah menurun. - Gambar EPA
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.
Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia
Lebih 1,700 suspek ditahan di 10 negara Asia dalam operasi besar-besaran terhadap penyeludupan senjata api haram, kata Interpol.
Pasaran saham global dijangka melonjak tahun depan - Goldman Sachs
Unjuran itu termasuk jangkaan pulangan harga lapan peratus dan jumlah pulangan kepada 10 peratus untuk saham global pada tahun depan.
Australia mahu layak awal ke Piala Dunia 2026
Australia terpaksa memenangi playoff menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk ke Qatar tahun lalu selepas terlepas kelayakan langsung.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Peruntukan RM30 juta bukti kerajaan mahu Malaysia jadi hab e-sukan diiktiraf
Ketua Yoodo Chow Tuck Mun berkata e-sukan dilihat semakin berkembang, malah terdapat banyak bakat tempatan dan pemain yang berjaya mencipta nama dalam sukan itu.
Malaysia antara peminum kopi terbanyak di Asia Pasifik
Rakyat Malaysia secara purata meminum 107 cawan kopi pada tahun 2021 berbanding hanya 52 cawan pada empat tahun sebelumnya.
Keberkesanan servis boleh jadi kunci rampas emas Thailand
Senjata yang diperlukan skuad negara untuk mengatasi Thailand adalah menerusi servis konsisten yang menghasilkan mata atau sekurang-kurangnya menyukarkan pemain lawan.