awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemelut Mas Idayu - Sissy Iman - Naim Daniel berakhir...

Gempak
Gempak
07/02/2023
04:20 MYT
Kemelut Mas Idayu - Sissy Iman - Naim Daniel berakhir...
Kata Mas Idayu Sissy dan Naim telah memberikan persembahan yang terbaik selain memuji kualiti vokal mereka yang semakin meningkat. - Gambar GEMPAK
JURI tetap sebuah acara nyanyian, Mas Idayu akhirnya membuka mulut untuk memberi komen kepada pasangan duo Sissy Iman dan Naim Daniel.
Kata Mas Idayu atau mesra disapa Mommy, Sissy dan Naim telah memberikan persembahan yang terbaik selain memuji kualiti vokal mereka yang semakin meningkat.
“Pendapat saya, saya kalau tak suka saya cakap tak suka. Tapi malam ini adalah vokal yang paling bagus pernah awak persembahkan.
“Hanya ada satu minggu yang kamu silap besar, minggu lain-lain awak sangat bagus. Awak lupa yang awak berdua sangat hebat. Overall saya memang suka,” katanya.
Mas Idayu berkata demikian usai Sissy dan Naim melakukan persembahan menerusi lagu Sumpah nyanyian asal Naim di pentas akhir sebuah acara nyanyian yang berlangsung pada Ahad.
Sementara itu, menjengah ke laman Twitter, rata-rata memuji sikap Mas Idayu yang bertindak profesional.
"I like Mommy, sangat profesional malam ini," kata seorang wargamaya.
"Kan manis dengar Mommy puji Sissy malam ni," ujar seorang netizen.
Terdahulu, kecoh apabila Sissy Iman dan Naim Daniel yang menyertai sebuah program nyanyian dikritik secara kasar oleh juri tetap, Mas Idayu selepas menyanyikan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam irama keroncong.
Akibat insiden tersebut, Sissy tidak dapat menahan sebak dan terus menangis di atas pentas. Malah, pada minggu seterusnya, Mas Idayu dilihat enggan memberikan komen kepada pasangan tersebut.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Artikel asal disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Mas Idayu
#Sissy Iman
#Naim Daniel
#Mas Idayu kritik Sissy Iman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan