PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dinobatkan sebagai lebuh raya sistem tertutup berprestasi terbaik dari segi keselamatan dan keselesaan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail dalam satu kenyataan semalam berkata kemenangan itu adalah bukti pengorbanan serta kerja keras pasukan PLUS dan lebih bermakna apabila Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di bawah PLUS juga berada di tempat kedua di bawah kategori yang sama.
"Kedudukan tempat pertama tambah lebih bermakna kerana kami telah berusaha dengan tekun setiap masa semasa Perintah Kawalan Pergerakan bagi memastikan lebuh raya kami selamat untuk semua pelanggan setiap masa," katanya.
Majlis penyampaian Sijil Penarafan MyExpressway MIROS telah diadakan di Bangi pada Selasa sempena upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) MIROS bersama 13 rakan strategik keselamatan jalan raya bagi meningkatkan standard keselamatan jalan raya di Malaysia, Indonesia dan India.
Lebuh raya sistem tertutup merupakan sistem yang memerlukan pengguna menyentuh atau mengambil tiket transit / kad apabila memasuki lebuh raya dan 'sentuh keluar' atau memulangkan tiket transit / kad semasa keluar dengan kadar tol berdasarkan kelas kenderaan serta jarak yang dilalui.
Lebuh raya lain yang mendapat pengiktirafan MIROS termasuk Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Pantai-Timur 1 (LPT1) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) yang masing-masing berada pada kedudukan ketiga, keempat dan kelima bagi kategori lebuh raya berprestasi terbaik.
Sementara itu, Ketua Pengarah MIROS Ir Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata PLUS berhak mendapat kemenangan tersebut kerana telah melabur secara sinergi dalam tenaga kerja dan peralatan lebuh raya untuk memberikan keselesaan dan keselamatan optimum kepada pelanggan lebuh raya.
"Lebuh raya berprestasi terbaik adalah berdasarkan indeks kematian yang rendah serta reka bentuk persekitaran dan operasi trafik yang optimum daripada aspek keselamatan jalan raya. Lebuh raya pada kedudukan teratas diiktiraf kerana berpotensi mengurangkan kadar kemalangan maut dan kecederaan parah di lebuh raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 11 2020

Lebuh raya sistem tertutup merupakan sistem yang memerlukan pengguna menyentuh atau mengambil tiket transit / kad apabila memasuki lebuh raya. - Gambar hiasan

COVID-19 | Angka korban dunia kini cecah 2.13 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 2.13 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 420 ribu kes.

PBB | Bukan saja ekonomi, dunia akan hadapi krisis iklim
Dunia tidak hanya menghadapi darurat COVID-19 dan krisis ekonomi terburuk dalam abad ini. Sebaliknya Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB Antonio Guterres memberi amaran kepada para pemimpin global bahawa dunia juga berhadapan dengan ancaman yang telah lama wujud iaitu krisis iklim kepada kehidupan.

PKP 2.0 | MITI tolak PKP yang lebih ketat
Kerajaan mungkin ketatkan SOP untuk elak penularan COVID-19 di kawasan tercetus kes dan perkenal garis panduan jelas mengenai perancangan sesuatu ruang termasuk menetapkan kuantiti pekerja pada satu satu masa. Menurut MITI, ujian bersasar boleh ditingkatkan dan kos kit ujian RTK-Antigen boleh di kawal selia agar saringan lebih murah dan boleh dilakukan dengan lebih meluas terutamanya bagi industri.

COVID-19 | Kes positif global hampir lepasi 100 juta
Amaran PBB ini dinyatakan ketika jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 100 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas sekali gus menjadikan kes kumulatif global kini 99.54 juta kes.

Berbasikal | TSG dapat lampu hijau ke Turki
Berita gembira buat pasukan Terengganu Cycling Team TSG apabila mendapat 'lampu hijau' daripada Jabatan Imigresen Malaysia untuk 'terbang' ke Turki menyertai 6 Grand Prix kategori 1.2. Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Che Ku Izmuddin Che Ku Mahmood menjelaskan bahawa kelulusan itu telah diberikan pada 20 Januari lalu.

Liga Malaysia 2021 | Dilema pemain mengenai tarikh sebenar
Bila liga bermula? Itu dilema yang membelenggu rata-rata pemain apabila Malaysia Football League MFL masih belum memutuskan status sebenar Liga Malaysia 2021... Kerisauan mereka dikongsikan bersama Zulhelmi Zainal Azam... Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP sehingga 4 Februari ini dan kemungkinan akan dilanjutkan lagi dalam tempoh tertentu.

COVID-19: Moderna sahkan vaksin berkesan tangani mutasi baharu virus
Syarikat itu bagaimanapun mengambil langkah berjaga-jaga dengan menguji kemungkinan dos penguat tambahan terhadap mutasi yang ditemui di Afrika Selatan.

COVID-19: Pilihan raya dan pilihan rakyat
Pilihan raya demokrasi menjadi bahagian penting dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem berparlimen dan demokrasi.

COVID-19: Kes positif dijangka cecah 100 juta minggu ini - WHO
Dr Tedros menyaran agar proses memvaksinasi pekerja kesihatan dan warga emas dilakukan di semua negara dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini.

Chelsea pecat Lampard susulan prestasi buruk
Tugas itu bakal diganti oleh bekas pengendali Paris St Germain (PSG), Thomas Tuchel, media British melaporkan.

PLUS rugi RM400 juta dalam tempoh tiga bulan semasa PKP
Hasil PLUS kembali meningkat bermula 6 Jun selepas kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri.

Kemenangan berganda untuk PLUS dan ELITE, diiktiraf lebuh raya sistem tertutup terbaik
Kemenangan itu adalah bukti pengorbanan serta kerja keras pasukan PLUS, kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail.

PLUS tawar perkhidmatan pra-pesanan makanan di tiga lokasi
Pesanan makanan boleh dilakukan lebih awal, sekaligus menjimatkan masa menunggu untuk penyediaan makanan.

PLUS mantapkan operasi lebuh raya untuk perjalanan musim perayaan sewaktu PKPB
PLUS berkolaborasi dengan Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) untuk memastikan keselamatan lebuh raya dan penguatkuasaan undang-undang di beberapa plaza tol utama lebuh raya dipatuhi.

PLUS akan pastikan pengguna lebuh raya selamat sepanjang PKP
PLUS akan terus berganding bahu dengan semua pihak berkuasa penting ini dan bersedia sepenuhnya dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

PLUS tunda pelaksanaan tol RFID
PLU menunda pelaksanaan sistem kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di semua plaza tol sistem tertutup di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur.

Kawal emosi jika tersangkut dalam kesesakan lebuh raya - PLUS
Pemandu yang hendak pulang ke kampung perlu mengawal emosi seandainya tersangkut di dalam kesesakan di lebuh raya.

30 kertas siasatan berkaitan isu perkauman dibuka sejak Mei 2018
Sebanyak 30 kertas siasatan yang menyentuh isu perkauman telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Mei 2018 hingga 15 Sept lalu, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PLUS terima pengiktirafan Penilaian Karbon Rendah Bangunan
Susulan itu, PLUS menjadi syarikat konsesi lebuh raya pertama di negara yang menerima pengiktirafan itu, kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail.

PLUS tunggu keputusan kerajaan ambil alih konsesi lebuh raya
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata ini sejajar dengan kedudukan PLUS sebagai sebuah syarikat konsesi yang telah memeterai perjanjian terbabit dengan kerajaan.