Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji keperluan untuk pemasangan 'dashboard camera' pada ambulans bagi merakam tindakan pengguna jalan raya menggunakan lorong kecemasan dan menghalang laluan ambulans.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr S. Jeyaindran berkata inisiatif itu diambil berikutan tindakan segelintir pemandu yang bersikap mementingkan diri menyebabkan petugas kesihatan lewat sampai ke lokasi bagi memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa.
Katanya kaedah pengawasan itu dijangka meningkatkan kecekapan pasukan keselamatan yang bukan hanya merakam kesalahan memandu melebihi had laju bahkan kesalahan lain di jalan raya bagi mengelakkan mereka yang memerlukan bantuan teraniaya.
"Kita sudah melakukan percubaan pemasangan 'dashboard camera' ini pada ambulans di kawasan Lembah Klang selama setahun dan kita dapati banyak kebaikannya.
"Bagaimanapun, kita perlu melakukan kajian (menyeluruh) termasuk kos yang perlu diperuntukkan sekiranya pemasangan 'dashboard camera' ini dilaksanakan pada semua ambulans di seluruh negara,"katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar 'Paramedic Emergency Update Melaka' (iPremium) 2017 di Rumah Media Melaka di sini pada Rabu.
Turut hadir pada program yang berlangsung selama dua hari itu, Pengerusi Pertubuhan Traumatologi dan Perubatan Kecemasan Malaysia Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Datuk Dr Dulhadi Mohd Junid Seminar serta 260 peserta yang terdiri daripada anggota dan pegawai perubatan.
Dr Jeyaindran berkata pihaknya kini dalam usaha menambah 400 buah kamera yang mempunyai spesifikasi tinggi untuk diagihkan di seluruh negara secara berperingkat dalam tempoh dua tahun.
"Selain itu, kita juga bercadang untuk menempatkan ambulans di luar kawasan hospital termasuk plaza tol, surau dan kedai serbaneka bagi memberi tumpuan kepada kawasan yang sering berlaku kemalangan sekali gus mempercepat 'response time'," katanya.
Beliau berkata hampir 30 peratus ambulans kini berada di dalam bengkel, dan oleh itu timbul keperluan untuk menambah ambulans baharu yang berharga RM400,000 setiap satu bagi menampung keperluan semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2017
KKM sedang mengkaji keperluan untuk pemasangan 'dashboard camera' pada ambulans bagi merakam tindakan pengguna jalan raya menggunakan lorong kecemasan. -Gambar hiasan
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Kementerian kaji keperluan pasang 'dashboard camera' pada ambulans
KKM sedang mengkaji keperluan untuk pemasangan 'dashboard camera' pada ambulans bagi merakam tindakan pengguna jalan raya menggunakan lorong kecemasan.