Kementerian Kesihatan telah mengaktifkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) di ibu pejabatnya di Putrajaya untuk memantau keadaan banjir di seluruh negara ketika ini.
Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye berkata CPRC akan memberikan laporan terkini setiap hari kepada kementerian berhubung jumlah mangsa banjir dan mereka yang berpindah ke pusat penempatan sementara (PPS) untuk membolehkan tindakan perlu dan segera diambil.
"CPRC akan bekerjasama dengan PPS di kawasan terjejas banjir. Pihak (di PPS) mempunyai input (mengenai mangsa banjir yang berpindah) yang boleh dikongsi dengan Pejabat Kesihatan Daerah.
"Input daripada PPS akan membantu kami mengendalikan (sebarang isu kesihatan) (sekiranya ada)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kecederaan Tekanan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Rabu.
Beliau juga menasihatkan orang ramai di kawasan terjejas banjir untuk minum air yang dimasak berikutan bekalan air terawat mungkin terhad pada musim banjir.
Sementara itu, Dr Lee memuji kejayaan HKL menurunkan KPI Kebangsaan bagi kecederaan tekanan daripada 2.1 pada 2018 kepada 0.80 tahun, titik perubahan positif bagi penjagaan kesihatan kecederaan tekanan di Malaysia.
"Pasukan Jawatankuasa Pencegahan Kecederaan Tekanan HKL amat berdedikasi dalam menangani kes kecederaan tekanan.
"Mereka turut menyediakan manual pencegahan kecederaan tekanan untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik masyarakat khususnya tentang bagaimana untuk menguruskan pesakit terlantar di katil di rumah," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pencegahan Kecederaan Tekanan HKL Dr Harikrishna K.R. Nair menasihatkan penjaga pesakit terlantar di katil dan pesakit warga tua di rumah untuk sentiasa mengubah kedudukan pesakit berkenaan untuk mencegah berlakunya kecederaan tekanan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 18 2019
Sebuah kenderaan pacuan empat roda terperangkap dalam banjir cuba ditarik oleh trak tunda. Foto: Bernama
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Adu di MySejahtera, rujuk PPV jika ada masalah teknikal dos penggalak
Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi PPV mereka.
Kerajaan jalankan analisis keberkesanan vaksin COVID-19
Kerajaan sedang menjalankan analisis keberkesanan vaksin COVID-19 bagi mendapatkan pemahaman diri berhubung isu tersebut.
Usaha elak tekanan sepanjang PKP 3.0 - Dr Hafidzah
PKP penuh boleh mengundang tekanan dalam keluarga apatah lagi jika ketua isi rumah hilang punca pendapatan, namun, ada cara untuk menanganinya.
COVID-19: CPRC Kelantan tidak galak pengasingan di rumah
Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Kelantan tidak menggalakkan Perintah Pengasingan di Rumah (HIO) berikutan peningkatan kes COVID-19 di negeri ini ketika ini.
Pesakit COVID-19 tahap satu dan dua dirawat, kuarantin di rumah
Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan, pesakit COVID-19 tahap satu dan dua menjalani rawatan serta kuarantin di rumah, dengan pemantauan ketat oleh petugas kesihatan berkuatkuasa 1 Jan lepas.
Arahan pengunjung Cameron Highlands jalani ujian pengesanan COVID-19 adalah palsu
JKN Pahang menafikan pihaknya mengeluarkan arahan supaya orang awam yang telah mengunjungi Cameron Highlands menjalani ujian pengesanan COVID-19 seperti yang tular menerusi media sosial.
COVID-19: Lampiran yang tular di WhatsApp tidak tepat - KKM
Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) juga mendapati maklumat pada kandungan lampiran berkenaan mengelirukan.
COVID-19: 30 daerah dalam zon merah sepanjang 14 hari lalu - CPRC
Zon merah itu merangkumi 13 daerah di Semenanjung Malaysia, 16 daerah di Sabah dan satu daerah di Sarawak.
CPRC sedia data, laporan harian COVID-19 dalam tempoh 4 jam setiap hari
Pasukan petugas di belakang tabir Kementerian Kesihatan (KKM) itu, akan menganalisis dan menterjemah data kepada laporan yang ringkas, padat serta mudah difahami.
WHO puji Malaysia dalam urus pandemik COVID-19
Pada peringkat awal penularan wabak pada Februari 2020, Malaysia meningkatkan akses kepada pengujian berkualiti, jumlah katil bagi jagaan kritikal dan ventilator.